Monday, July 4, 2011

Setelah sekian lama mencari dan menanti, akhirnya...Alhamdulillah...









Setelah sekian lama menanti dan mencari, Alhamdulillah, dibukakanNya jalan dalam meneruskan pengajian ini, setelah sekian lama berada dalam keadaan tercari-cari dan sedikit kegelapan...



Dah lama aku menanti dan mencari saat ini. Alhamdulillah, syukur padaNya, walaupun natijahnya masih belum kelihatan. Semenjak aku bersalin dan habis berpantang, keadaan pengajiaanku amat huru-hara. Serba tak teratur dan tak kena. Mana nak jaga perihal si kecil lagi (walaupun anak baru seorang). Mana nak penuhi keperluan suami lagi. Urusan rumahtangga lagi. Aduh...Dan akibatnya, aku sentiasa mengeluh dan mengeluh bila mengadap kerja-kerja pengajian, dan masa banyak dihabiskan untuk penuhi keperluan si kecil (susukan dia, mandikan dia, carikan barang kat ebay untuk dia-aduh, alasan!). Masa 3 bulan pertama selepas melahirkannya, rumah memang huru-hara. Bilik tidur langsung terabai, tak berpenghuni sebab kami tidur di ruang tamu setiap malam. Ruang tamu yang sangat sempit dan tidak selesa. Dengan katil yang digunakan semasa berpantang masih terpasang, barang-barang rumah yang tak tersusun. Sehinggalah kami dapat ilham untuk rombak katil tersebut, dan letak 'baby changing table' di tempat katil itu. (Ilham ni dapat semasa berkunjung ke rumah K.Asmihan di Orpington, London. Bersih jer rumah dia, dan salin 'nappy' 'Amru pun kat atas 'carpet' sahaja). Kebetulan sebelum ke rumah K.Min, aku ada belikan 'baby changing table' tu. £15 sahaja, tapi masih sangat elok dan berjenama (Mamas & Papas) dan tuannya datang hantar sendiri meja tu. (asalnya tengok iklan di Gumtree n tengok 'children see saw' yang dia jual harga £5 aje, tu terus hantar email kat dia. Lepas tu tanya harga 'baby changing table' tu. Bila tuan tu sanggup datang hantar, terus sanggup beli - tak sempat nak tanya abe dulu, tapi nampak dia ok jer bila beli barang ni, hehehe....)



Bila dah buat rombakan di ruang tamu, lega sikit rasa bila tengok ruang tamu agak lapang sikit. Senang sikit nak bergerak berbanding sebelum ni. Dan pelan-pelan, kami bersihkan bilik tidur yang sudah lama tak berpenghuni dan cuba biasakan si kecil tidur di bilik tidur. Kemudian, bersihkan bilik sebelah untuk mudahkan aku mentelaah di rumah (jadi bilik 'study'). Alhamdulillah, selepas ada 'perubahan fizikal' pada rumah, agak sedikit stabil dari sudut ni. Tapi, pengajian masih tak stabil sebab aku belum boleh biasakan diri belajar di universiti setelah sebelum ni asyik belajar di rumah. Masa ni, 'study' di rumah langsung tak jalan. Cepat jer diri nak jengah si kecil kalau dia menangis. Masa ni, nak buat stok simpanan susu pun masih jahil, walaupun dah beli 'freezer' baru, khas untuk simpan susu si kecil.



Setelah beberapa kali percubaan, seminggu sebelum abe berhenti bekerja dalam bulan Mei, kalau tak silap (tu pun ayah yang 'call' dari Malaysia, minta abe berhenti bekerja supaya dia boleh tengokkan si kecil dan aku boleh tumpu pada pengajian), aku mula simpan stok susu untuk si kecil. (Sebelum ni jahil bab-bab susu ibu, hampir-hampir nak bagi susu formula kat si kecil, tapi ikut nasihat K.Odi supaya perah dan bagi susu pada si kecil). Masa ni, masih belum biasa. Terasa macam penat, bila pepagi dah bertungkus-lumus di dapur, mengemas dapur, memasak (siapkan sarapan dan makan tengah hari), kadang-kadang berhenti untuk susukan atau mandikan si kecil dll. Dalam seminggu lebih aku ber'jadual' demikian, minggu seterusnya aku kalah, buat keputusan untuk belajar di rumah sebab tak tahan penat dengan rutin tersebut. Hampir sebulan aku belajar di rumah (yang kadang-kadang boleh fokus, kadang-kadang tak), hari ni aku kembali belajar di universiti setelah melihatkan di siang hari (terutama di sebelah petang, selepas Zohor), hanya sedikit masa sahaja aku boleh luangkan untuk belajar kerana kerap menyusukan si kecil.



Alhamdulillah, abe pun nampaknya dah mula faham dengan keadaan pengajianku. Tambahan pula Dr. Haifaa dah bagi 'green light' untuk cepat-cepat 'submit', dengan syarat kerjaku siap dan memenuhi kreteria tesis PhD. Hari ni, bila aku mula membuat pembetulan untuk 'Chapter 4', aku sudah mulai panik! Aduh, rupa-rupanya macam tak kena apa yang aku tulis untuk bahagian 'research design' dengan teknik yang aku kaji. Aku sudah mulai panik. Hampir-hampir nak hantar email pada Dr. Jabal, untuk mengadu dan mohon nasihatnya.



Tapi, bila aku sudah sedikit tenang dan otakku terus ber'pusing' untuk memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah ini, Alhamdulillah, ada idea untuk selesaikan masalah ini. Tapi masih belum bertindak lagi. Chapter tu pun, masih tak buka dan baca balik lagi untuk tengok di mana yang tidak kena. Apapun, ada sedikit perancangan untuk atasi masalah ni (kalau betul nak tukar 'research design' daripada apa yang kutulis-survey study kepada 'case study'-ni yang asal dalam proposal-tukar kepada 'survey research' dulu pun tak bincang dengan Dr. Jabal dulu, huhuhu...), aku kena senaraikan sumber-sumber rujukan berkaitan 'case study research', cari di 'library', buatkan 'outline' baru untuk 'chapter' (mungkin ada lagi yang dah ditulis boleh dipakai, tak perlu rombak semua) dan 'start' menulis 'chapter' ni sambil minta nasihat daripada Dr. Jabal tentang hal ni. Aduh, masih banyak yang perlu dibuat, namun aku bersyukur kepadaNya kerana dicampakkan aku di dalam situasi ini, mula nampak apa yang perlu dilakukan dalam keadaan dapat mengawal keadaan sekeliling-urusan rumahtangga-insha-Allah...(dan dalam keadaan bersemangat dan berperancangan, insha-Allah...)



'Allahumma yassir 'umurana wala 'tu'assir 'alaina, ya Allah (ya Allah, permudahkanlah urusan kami ini dan jangan Engkau sulitkan urusan ke atas kami, ya Allah!) Amin, amin, ya rabbal 'Alamin (amin, amin, amin ya Tuhan sekalian Alam!)

No comments: