Saturday, June 1, 2013

Kelahiran cahaya mata / putera kedua

Salam. Ingin berkongsi berita gembira di sini. Alhamdulillah,18 Mei 2013, dua minggu lepas, saya selamat melahirkan seorang putera, cahayamata kedua kami, jam 11.11 pagi di Gombak Medical Centre. Bayi yang lahir berat 3.1 kg. Kronologi/ perjalanan nak melahirkan putera ni sungguh dramatik. Mari kita susuri hari-hari sebelum kelahirannya. Seminggu sebelum viva (8 Oktober, kalau tak silap), tergerak nak buat pregnancy test. Ya Allah, double line! Biar betul? Mingu selepas tu, check guna digital pregnancy test. Result yang keluar, pregnant 3-4 weeks, kalau tak silap. Alhamdulillah, rezeki, anugerah dari Tuhan.Mungkin rezeki anak ini juga, mamanya lulus viva dengan minor correction, Alhamdulillah. Dalam bulan November, waktu tu abi balik ke Kelantan untuk hadiri muktamaar PAS di Kota Bharu, Kelantan. Tinggal saya berdua dengan 'Amru. Masih ingat lagi, hari Jumaat tu, saya sedikiy lasak, berjalan agak cepat semasa naik dan turun tangga sebab nak swttle sijilbsorang student ni. Kemudian, pulang ker rumah petang tu,pandu kereta agak laju sebab nak ambil 'Amru yang dotinggalkan di taska. Kesannya, malam tu, dalam lepas Maghrib, lepas 'Amru dah tidur, tiba-tiba rasa basah di tilam yang saya duduk. Mula-mula tak syak apa-apa, tapi kemudian rasa basah yang agak panas/hangat. Ya Allah, ada darah cair. Saya keluar darah cair/bleeding. Patutnya kena segera ke hospital, tapi 'Amru tengah tidur. Takkan nak angkut dia ke hospital. Takpelah, mungkin boleh pergi esok, dan tinggalkan 'Amru di taska. Tapi esoknya pun tak pergi juga. Hari Rabu minggu selepas tu baru pergi buat pemeriksaan. Bila diperiksa, doktor kata kandungan 50-50. Mungkin boleh bertahan, mungkin boleh gugur. Dan dalam tempoh sebelum pemeriksaan seterusnya, keluar tompok-tompok darah secara berterusan. Risau juga,bleeding lagi ke,ni? Dalam beberapa bulan selepas tu, buat pemeriksaan sekali lagi kat hkl, dan doktor kata plasenta di bawah, menutup pintu rahim. Tapi sebab kandungan masih awal (rasanya masa tu masuk 4 atau 5 bulan), plasenta tu boleh bergerak naik balik ke atas. Sebab tu keluar tompok-tompok darah, sebab plasenta di bawah. Tapi, Alhamdulillah, semasa pemeriksaan kali ketiga, dah tak keluar tompokan darah. Dan bila discan, plasenta dah naik ke atas, tak lagi menutup pintu rahim. Alhamsulillah. Ni dugaan di peringkat awal kandungan. Di saat-saat hampir melahirkan putera ini, beberapa insiden yang berlaku yang bila diamati, ada hikmah disebaliknya. 14 Mei 2013 - check-up di klinik Ibu dan Anak Pasar Gombak. Buat keputusan mungkin tak gi pejabat hari ni sebab nak siapkan print tesis untuk hard bound. Lepas habis check kat klinik, patah balik ke rumah, gi keluarkan duit, beli kertas A4 dua rim untuk print tesis, n sempat singgah kedai Bata, berkenan dengan satu handbag untuk hadiahkan untuk diri sendiri sempena hari jadi, tapi buat keputusan mungkin datang beli esok. Lepas tu, singgah Ong Tai Kim, beli susu kotak, jus dalam kotak dan kfc nasi ayam untuk makan tengah hari. Lepas tu balik rumah, makan nasi, rehat sekejap, dan bersiap untuk solat Asar sebelum start nak print tesis. Tapi masa nak ambil wudhuk, dalam pukul 3 petang, banyak darah cair keluar, sampai meleleh kat kaki. Alamak, tanda-tanda nak bersalin ke, ni? Tapi tak rasa sakit nak bersalin pun. Yang pasti, ni bukan darah nifaa. So, bersihkan darah, mana yang dapat, pakai pad dan solat Zohor. Lepas tu, sms dan call abe. Bunyi macam panik juga dia, dia cakap dia akan balik rumah terus. Saya kata, takpe, saya gi hospit dulu, mungkin tak de apa-apa, cuma minta dia ambil amru di taska. Kemas barang sikit-sikit campur beg berisi barang baby, kunci rumah dan jalan pelan-pelan ke tempat teksi untuk ke hkl. Patutnya saya tunggu abe balik, tapi tak tahulah, tergerak untuk terus gi, tak tunggu dia. Di hkl, gi kat hospital bersalin, selepas doktor periksa, katanya saya kena tahan di wad satu malam sebab dah ada bukaan 2 cm. Allahu akbar, macam mana ni? Macam mana dengan amru, boleh ke dia tidur dengan abi aje malam ni?