Monday, May 28, 2012

Jalan-jalan lagi - EISU day trip to Costwold Wildlife Park

Salam...

Lama tak 'post posting' kat sini. Semalam, kami sekeluarga jalan-jalan lagi, ikut trip anjuran Birm Uni (EISU) ke Costwold Wildlife Park. Dalam kekalutan nak siapkan kerja/tesis, sempat lagi jalan-jalan, huhuhu...Memang kalut sungguh semalam. Sebab dah 'target' dan janji dengan supervisor nak submit 'second last chapter', Chapter 5 sama ada hari Isnin atau Selasa minggu ni (28 or 29 May). Dan pagi sebelum nak bertolak ke 'trip' tu, sempat lagi tambah 'last point' untuk chapter tu, sebelum 'compile the whole chapter' dan hantar via email kat editor untuk editing. Nasib baik sempat siap dan hantar sebelum bertolak gi 'trip' tu, fuuuh! Kalau tak, rasanya terpaksa 'cancel', tak jadi ikut trip tu. Balik dari jejalan semalam, terus dapat email dari editor, bagitau dia dah siap edit chapter dan hantar balik 'the edited version'. Fuuhh, malam ni dan esoknya kena pulunlah buat pembetulan (apa yang berlaku, malamnya tidur kepenatan, sebab tak dapat tidur dalam bas. Pepagi esoknya baru duduk mengadap laptop buat kerja).

Tempat yang gi melawat tu, Costwold Wildlife Park tu, dalam sejam setengah dari Birmingham, menghala ke Oxford. Jauh juga, tapi tak sejauh masa ikut trip gi Longleat Safari dulu. Yang tu memang jauh, dalam 2 jam lebih baru sampai sana. Tempat yang gi kali ni, rasanya tak sebesar Longleat Safari, tapi oklah, sebab banyak masa boleh 'spend' kat sana dan tak rasa terkejar-kejar. Siap boleh 'picnic' lagi, 'lunch' kat tepi padang bawah pokok sambil abi solat Zohor dan Asar jamak qasar kat situ.

Tempat ni, tak macam Safari. Binatang separuh dilepaskan. Maksudnya (pada pandangan saya), tak macam zoo, binatang dikurung dalam sangkar. Diletakkan macam dalam kawasan dia juga, juga separuh berpagar dan ada 'gap' atau 'longkang' besar antara kandang binatang dan pelawat. Ni untuk binatang besar macam unta, badak, zebra dan lain-lain. Binatang-binatang kecil masih dikurung dalam kandang khas, macam burung, monyet, memerang dan lain-lain.

Bertolak dari Birm Uni dalam pukul 9.45 pagi, sampai sana dalam jam 11.15. Bila dah dapat masuk tempat tu, lepas selesai ke tandas, gi tengok binatang-binatang kecil macam memerang, penguin, monyet, dll. Lepas tu, naik train yang disediakan, 'round' sekitar park. Kena bayar £1 sorang untuk sekali naik, budak bawah 3 tahun, 'free'.

Habis naik train, 'round-round' kejap, salin pampers 'Amru (yang tuannyer agak meragam sikit, panas + mengantuk, kut) dan Abi gi ambik wudhu'. Pastu, cari 'port' untuk solat dan 'lunch'. 'Lunch' kat tepi padang, bawah bayangan pokok. Memang ramai Mat Salleh berpiknik kat padang. Sebelum tu, sempat masuk dalam satu bangunan, diletak binatang reptillia seperti ular, biawak dan buaya.

Habis 'lunch', Abi bawak 'Amru gi jalan-jalan tengok itik, mama kemas barang sambil tunggu Abi dan Amru habis jalan-jalan. Tunggu punya tunggu, last-last gi cari Abi dan 'Amru. Rupa-rupanya dah sampai kat satu 'farm' yang boleh pegang dan sentuh binatang. Masuk dalam kadang tertutup kat situ. Siap ada cik babi besar lagi. Pastu, kat luar, ada padang kecil (berpagar), dilepaskan kambing dan biri-biri kat situ. Boleh pegang dan sentuh. 'Amru siap ikut seekor kambing ni, gi mana-mana. Excited kut, tak pernah pegang, sentuh dan lihat binatang secara 'live'.

Pastu, dalam pukul 3.30 petang, siap-siap salin nappy dan tukar baju 'Amru, masuk 'gift shop' satu, beli apa-apa yang patut sebagai kenangan (beli pen 2 batang jer pun). Dalam 4.30 petang, dah naik bas dan bertolak balik ke Birmingham. Hero kecik, dalam 15 minit terus terlelap. Ada dalam sejam dia tidur dalam bas. Penatlah tu.

Alhamdulillah, selamat sampai Birm dan rumah dalam 6.30 petang. Abi siap sempat gi main bola lagi kat padang. Tak bawak 'Amru gi jalan-jalan ke padang, sebab nak kemas-kemas barang, suapkan dia nasi bagi makan kenyang-kenyang (masa picnic 'Amru makan sikit aje). ALhamdulillah, selesailah aktiviti hari ni. Lain kali pula kita jalan-jalan, kalau ada kesempatan dan rezeki, insha-Allah...

Friday, April 13, 2012

My 'cek mek molek'

Alhamdulillah, terubat rindu nak makan makanan/kuih Kelantan dengan buat cek mek molek pagi ni. Sehari dua sebelum ni, tiba-tiba terasa nak makan cek mek molek. Dan kebetulan semalam gi cari barang dapur (termasuk ayam dan daging halal) kat Edward Road Off Pershore Road, ada ubi keledek atau 'ubi setelo' kata orang Kelantan ada jual kat sana. Terus minta Abi ambil dan beli, dengan hasrat nak buat kuih cek mek molek lepas ni.


Dan Alhamdulillah, percubaan kali ni menjadi. Sebelum ni pernah buat, tapi kurang menjadi sebab pakai English sweet potato. Tak sesuai sweet potato ni. Kuih jadi lembik semacam rasanya,
dan tak melekat. Alhamdulillah, ubi setelo / keledek yang pakai ni sama macam kat Malaysia punya. Cantik jer doh dia bila dah gaul dengan ubi. Cara nak buat pun tak susah sebenarnya. Lepas ni, bila dah 'start' kerja kat KL, insha-Allah, kalau teringat/teringin nak makan cek mek molek, bolehlah buat sendiri.

Resepinya,

- Ubi keledek, direbus, dan lecek (bila sudah empuk)
- Masukkan satu cawan tepung (kalau ikut resepi, 1 cawan tepung, 2 cawan ubi, tapi boleh pandai2 adjust sendiri. Lagi banyak ubi, lagi sedap rasanya)
- Uli hingga jadi doh (doh tak melekat kat tangan. Kalau melekat, tambah tepung sikit-sikit)
- Untuk bentukkan cek mek molek, cara yang saya buat, ambil sikit doh, bulatkan dan leperkan.
Lepas tu isi gula (ikut suka nak letak banyak mana), tutup doh dan bentuk seakan-akan diomand memanjang.
- Lepas tu, goreng. Nampak kekuning-kuningan coklat, tanda dah masak dan boleh angkat.

Boleh rujuk resepi ni juga

http://www.myresipi.com/top/detail/218

Sunday, April 8, 2012

Easter Holiday - Hay-On-Wye

Easter holiday datang lagi...Hampir lupa sebelum ni tentang Easter Holiday, hinggalah terperasan risalah tentang 'opening hour' OLRC dan Main Library (dalam 2,3 minggu sebelum Easter holiday). Main Library tutup empat hari, Jumaat hingga Isnin (6-9 April 2012) dan OLRC tutup dalam seminggu, 6-11 April 2012. Jadinya, dalam empat hari nanti, tak leh nak gi mana-mana, kena 'study' kat rumah. N Abi dan 'Amru mesti 'meronta-ronta' nak keluar rumah, gi jalan-jalan masa cuti tu.

Jadinya, 'plan' punya 'plan', cari tempat yang sesuai boleh gi jalan-jalan masa tu, Cardiff/Wales tak dapat sebab tiket 'train' dan tempat penginapan dah mahal, samalah dengan Scotland, i.e. Glasgow dan Edinburgh, tiba-tiba terlintas nak pergi satu tempat ni yang dulu pernah nak pergi. Hay-On-Wye, perkampungan buku di UK, sempadan Wales. Check tiket train pun tak mahal lagi masa tu, £14.30 seorang untuk return ticket. Bila dah tanya Abi, n survey tempat penginapan, last-last beli tiket train yang 'day-return', sebab accommodation mahal n susah kalau tak de kereta. So, belilah tiket tu. Dan bermulalah pengembaraan kami ke Hay-On-Wye semalam.

Sebelum ni ada ajak Hanum/Farid, kut dia nak ikut sama. Mula-mula dia ok, tapi bila bagitau kena naik train dan bus, husband Hanum agak berat hati, risau takut baby diorang, Faheem nanti meragam dalam perjalanan. Last-last, diorang tak jadi ikut. So, kami bertiga sahaja yang pergi.

Memang penat juga 'journey' ke Hay-On-Wye semalam. Dan rasanya lebih baik naik kereta. Tak jauh sangat rasanya dari Birm, dalam sejam setengah kalau ikut Google Map UK. Tapi saya memang tak berapa rajin nak 'drive' jauh-jauh, n lebih suka naik train walaupun agak penat. Semalam, kami bertolak dari University Train Station ke Hereford (tinggal kereta kat Selly Oak Train Station n naik train ke University Train Station), (Hereford, baca 'Harryford'). Bertolak dalam jama 8.55 pagi, n sampai kat sana dalam 10.15 pagi. Lepas tu, tunggu bas 39 untuk ke Hay-On-Wye, bertolak dalam 11.40 n sampai dalam 12.38. Lama jugalah naik bas (bas pendek, dalam sejam).

Bandar kecil aje rupanya Hay-On-Wye ni, tapi banyak kedai buku. Sebelum ni, agak excited bila tengok ada papan tanda 'Carboot Sales', tapi rupa-rupanya dah habis. Terlepas nak cuci mata kat carboot sales.

Kebanyakkan buku-buku yang jual kat sini, buku second hand. Tapi tak dapat sangat nak 'menghayati' belek buku, sebab 'Amru susah nak bawa masuk kedai dengan stroller. Bila lepaskan dia, bagi dia jalan-jalan, sibuk nak pegang buku sama. N nak kena jaga dia, takut jatuh tangga (especially bila tengok buku-buku di tingkat atas kedai). Dalam duk sibuk cam tu, terpandang satu buku kanak-kanak, Nicholas. 'Amru pun lama duk pegang buku tu. Bila belek-belek, cam best aje buku cerita ni. Harga pun tak mahal, £3 aje. Tapi saya jadi serba-salah, nak beli ke tak, sebab bimbang kalau beli nanti tak baca. Tak pelah, letak dulu, kalau sempat mai cari balik sebelum balik ke Hereford. Tapi sayang, tak sempat nak cari balik buku tu sebab lepas tu nak cepat gi solat dan takut terlepas bas terakhir ke Hereford. Aduh, rugi tak beli buku tu. Balik rumah tengok kat Amazon Uk pun mahal, dalam £5.00 campur postage. Aduh, rugi-rugi tak beli tadi. At least ada kenangan beli 'something' kat Hay-On-Wye. Takpelah tak de rezeki.

So, kat bandar Hay-On-Wye semalam, keluar masuk kedai buku, tapi tak dapat masuk semua sebab cuaca pun tak berapa bagus semalam, hujan renyai-renyai, n tak leh lelama satu-satu tempat sebab si kecil akan meragam. Pastu, masuk satu tempat/kedai, galleri lukisan. Sembang dengan salah seorang painter dia. N bila tanya dia kat mana tempat lapang yang boleh duduk makan, dia pelawa makan kat 'garden' kawan dia, kat sebelah gallery tu. Tapi kami segan nak terima pelawaan dia, sebab takut nanti buat sepah lepas makan (faham-faham ajelah, bila makan dengan budak kecik, mesti tak bersih lepas makan). Pastu, kami gi cari tempat yang painter tu bagitau, ada tempat makan dekat dengan sungai bawah jambatan. Jalan-jalan, jumpa. Alhamdulillah, cantik tempat tu, dan tak ada orang pun. Cuma bawah jambatan tu agak kotor sikit dengan najis binatang. So, kami duduk berkelah kat meja dan kerusi yang disediakan. Makanlah kami di bawah payung dalam suasana hujan renyai-renyai. Sebelum tu, Abi sempat ambil gambar pemandangan di tepi sungai tu.

Selesai makan, cari tandas untuk ambil wudhuk, solat Zohor dan Asar jamak taqdim, 'Amru meragam nak tidur, tidurkan dia sekejap, tapi dia terjaga sebab gi salin baju dia masa dia tengah tido. Dan bersiap-siap nak tunggu bas yang datang jam 4.45 petang. Pastu, sampai kat bandar Hereford dalam 6.15 petang, tunggu train ke Birmingham New Streets jam 8 malam dan sampai rumah dalam 9.30 malam.

Overall, tak banyak masa dapat luangkan untuk jalan-jalan kat Hay-On-Wye, sebab cuaca yang tak berapa bagus dan masa yang agak terhad. Rasanya, kalau sesiapa yang nak gi tempat ni dari Birmingham, lebih baik pandu kereta aje. Senang, sebab masa akan banyak dihabiskan atas keretapi dan bas daripada kat bandar tu.

Cuma, pemandangan kat sini agak cantik, nampak hijau aje. Hilang pemandangan hutan batu. Kira bertukar pemandanganlah masa journey ni. Tapi sebab perjalanan ke sana agak lama sebab kena tukar train dan naik bas, agak penat sikitlah journey kali ni. 'Amru pun, bila sampai rumah semalam, lena jer tidur. Kesan penat berjalan semalam, kut...Ok, selesai jalan-jalan. Mari siapkan kerja pula. Kerja siap, boleh plan next trip pulak..

Monday, March 19, 2012

Alhamdulillah, rasa macam jadi 'supermom' hari ni..


Salam.
Curi masa mencoret sekejap.

Alhamdulillah, ‘pencapaian yang terbaik setakat ni’ untuk tahun ni. Hari ni, dapat datang/gi study kat Selly Oak Library (OLRC) di awal pagi, bukan lepas Zohor macam sebelum ni. Jam 10.05 pagi dah panaskan kereta, dan 10.30 pagi dah dapat buka laptop untuk buat kerja. Kejap lagi kita mulakan kerja.
Alhamdulillah, lepas solat Subuh, dalam 6.30 pagi, dah masuk dapur, kemas dapur, buat pancake (tiba-tiba teringin nak buat dan makan pancake aka lempeng, Alhamdulillah, menjadi). Lepas tu, susukan ‘Amru, dan masak nasi, perap ayam untuk dibakar, potong ubi untuk direbus dan bakar, mandikan ‘Amru (lepas dia dah poo), bakar ubi, makan mi sup yang buat semalam (untuk breakfast), Abi tolong jemurkan kain, bawa ‘Amru naik bilik atas supaya dia makan buah epal dengan Abi (nak makan buah aje, lain-lain tak nak makan), kemaskan beg, check email, ebay kejap, then tutup laptop, lepas tu dalam jam 9.00 pagi, susukan dan tidokan ‘Amru, lega rasanya bila dia dah tido lena (kes bangun awal sangat pagi tadi, jam 5.30 pagi dah bangun tidur), saya sempat bersihkan diri aka mandi, solat Dhuha dan bersiap-siap untuk gi study kat library. Kebetulan hari ni ‘just top-up’ lauk aje, sebab ikan goreng dan kuah kari sebelum ni masih ada. Habiskan yang tu dulu, esok kita buat lauk baru.
Ok, jom study! Cepat study, cepat siap, cepat boleh balik rumah hari ni…

Monday, March 5, 2012

Liverpool - 2nd Day

24 February 2012, hari kedua di Liverpool

Sambung sikit kisah di Liverpool (sepatutnya kena buat kerja sekarang, curi masa sikit, huhuhu)

Hari kedua di Liverpool. Sebelah paginya, tak buat apa-apa. Masing-masing nampak macam masih penat selepas bertolak dari Birmingham kelmarin. 'Amru pun, lama tidur malam tidur. Balik dari 'round' bandar / 'city centre' Liverpool, terjaga sekejap aje sebab angkatkan dia dari pushchair ke atas katil. Lepas dah menyusu, terus lena dia sampai ke pagi. Tu pun, siap tidur balik dalam jam 9.00 pagi.

Rancangan hari ni, nak ke stadium Liverpool. Tercari-cari juga kat internet (via phone), apa stadium Liverpool yang 'famous' yang biasa orang datang melawat kat sini. Oh, Anfield Stadium rupanya, yang famous dengan kelab pasukan Liverpool. Asalnya, nak keluar pagi-pagi ke stadium, dan balik ke hotel untuk kemaskan barang dan bertolak ke Birmingham, sebab akan naik 'train' ke Birmingham hari ni, dalam jam 6 petang. Duk berbincang-bincang juga dengan Abi, nak keluar dulu ke, dan tambah masa untuk 'hold' bilik ni lagi 2 jam (check-out jam 2 petang), tapi kena tambah lagi £10.00. Akhirnya, kami ambil keputusan, berehat dulu di bilik sampai jam 12.00 tengah hari dan 'check-out', lepas tu cari 'port' untuk solat jamak taqdim Zohor dan Asar (Abi 'burn' solat Jumaat hari ni) dan terus melawat stadium, tak payah nak berpatah balik ke hotel. Alhamdulillah, bagus juga perancangan ni, sebab hotel ni jauh juga dari Lime Street Train Station kalau berjalan kaki (dalam setengah jam juga).

So, dalam pukul 11 pagi, Amru terjaga dari tidurnya. Kami kemas-kemaskan barang dan alas perut dengan nasi dll (sambil suapkan 'Amru kentang lecek, kalau tak silap, tapi sikit aje dia makan). Selepas 'check-out' jam 12.00 tengah hari, kami berjalan-jalan di sekitar Albert Dock, masuk muzium maritime kat situ (lupa dah apa nama dia), dan cari tempat untuk solat (mujur dah ambil wudhuk siap-siap kat hotel). Kemudian, ke One Stop Bus Station, ambil bas no 26 ke Anfield Stadium. Perjalanan dari bus station ke stadium tu dalam 20 minit juga, keluar sikit dari tengah bandar Liverpool.

Bila sampai kat stadium tu, tak delah 'class' sangat stadium tu. Stadium tu betul-betul tepi jalan besar, macam tak berapa strategik, tak macam stadium kat Manchester. Hala tuju kami ialah kedai menjual barang-barang sukan jenama pasukan Liverpool. Itulah daya penarik stadium ni. Dan habiskan masa dengan bergambar.

Lama dalam setengah jam/sejam, Amru dah nak menyusu. Saya pun dah kepenatan, dan sedikit 'moody' bila terpaksa menyusukan 'Amru sambil ala mencangkung (separa duduk) dan Abi masih sibuk ambil gambar. Kami cari 'port' untuk menyusukan 'Amru di luar stadium, sambil isi perut makan burger yang Abi beli semalam. Lepas tu, Abi cadang kita naik bas hingga ke destinasi terakhir sebab tiket bas boleh pakai sepanjang hari dan masa untuk naik 'train' masih lambat lagi. Sayangnya, saya tak berapa setuju, sebab tak tahu bas yang kami naik nanti akan berhenti di mana. Bimbang kalau terlampau jauh, tak sempat nak berpatah balik ke 'city centre' dan takut terlepas train nanti. Abi senyap aje. So, kami balik ke bandar. Untuk ambil hati Abi, kami singgah di World Museum, tak jauh dari city centre. Besar juga muzium tu, dalam 4 tingkat.
Amru dah selamat lena dalam bas dalam perjalanan balik ke bandar.

So, kami jelajah ke setiap tingkat muzium tu. Oklah, tapi tak delah best sangat. Yang best, untuk saya, tingkat satu (kami start dengan tingkat 4 dulu dan turun ke bawah sampai ke tingkat satu). Kat tingkat ni, ala-ala akuarium, pameran ikan dan hidupan laut yang hidup, bukan replika atau patung. Seronok juga tengok hidupan laut yang masih hidup. Dah lah masuk 'free' tak payah bayar.

Dalam pukul 4 petang, kami terpaksa bergerak ke 'train station' kerana akan bertolak ke Birmingham jam 6 petang. Pastu, nak beli ayam dan ubi kentang buat bekalan dalam train nanti. Asalnya nak naik bas, tapi rupanya tak jauh pun muzium tu dengan stesen keretapi. 5 minit berjalan kaki dah sampai. Mujur juga tak naik bas, kut jenuh dia bawa ke stesen bas yang kami naik pagi tadi.

Lepas tu, cari kedai halal, beli ubi kentang dan ayam (Abi duk intai nak masuk Restoran India/Bangladesh halal, tapi kena makan kat situ. Tak masuk pun sebab nak kejar masa).
Kemudian, ke train station, Abi cari tandas untuk berwudhu' n solat di situ. Dan dalam jam 5.45 petang, train ke Birm dah sampai n kami terus naik.

Masa dalam train, serba tak kena sebab kami pilih tempat duduk yang agak tak tersorok, tak macam sebelum kami datang ke Liverpool semalam. Saya nak jer duduk kat tempat macam tu, senang nak menyusukan 'Amru, tapi bila tanya Abi, Abi ajak naik ke gerabak hadapan. Kebetulan ramai pula yang naik train masa ni, so tempat duduk semua penuh. Sampaikan tempat duduk Abi, ada orang ada orang ambil bila dia gi tengok tempat kosong kat gerabak lain. Mujur sebelah saya kosong, so bolehlah Abi duduk (kami duduk seat 4 orang bermeja). Dan agak tak selesa, bila terasa macam orang duk perhatikan kami. Saya pun dah start moody, huhuhu...

Bila dah lama sikit, dan dapat beralih tempat duduk (dengan tujuan mudah untuk menyusukan 'Amru), 'Amru pula mula meragam. Dia panas rasanya, dan rasa tak selesa, sebab pakai baju berlapis dan dalam train agak tertutup, tak ada udara masuk dan keluar. Terpaksalah bawa dia ke hulu ke hilir. Haish, lama pula nak sampai Birmingham.

Alhamdulillah, dalam jam 8 malam, sampai di Birmingham, dan terus cari train ke Selly Oak. Amru pun dah meragam, menangis, tapi terpaksa bertahan aje. Sampai di train station Selly Oak, berjalan kaki balik ke rumah (tak naik kereta sebab nanti lama nak tunggu panaskan kereta - parking tak jauh dari train station Selly Oak). Alhamdulillah, lega rasanya bila dah sampai rumah. Abi siap mandikan 'Amru lagi, dah dia panas sangat - kata Abi. Alhamdulillah, jom berehat. Esok nak bermusafir ke Nottingham pula...

Tuesday, February 28, 2012

Liverpool-Birm-Notts-Birm...A breakaway...

Salam,

Dah lama tak update blog ni. Banyak benda yang nak dikongsikan sebenarnya, tapi sentiasa tak berkesempatan dan rasa sedikit bermasalah jika masa banyak dihabiskan dengan ber'blogging'. Apapun, kali ni nak ambil kesempatan untuk kongsikan sedikit 'pengembaraan' kami tiga beranak sepanjang minggu lalu.

Khamis, 23 Februari 2012, bertolak dengan 'train' ke Liverpool atas urusan visa, cop jari dan ambil gambar untuk biometrik cards. Borang visa dah diposkan sebelum ni (akhir Januari) dan kali ni kena gi cop jari dan ambil gambar. Sebelum ni buat kat Birm aje, tapi kali ni pejabat kat Birm penuh sampai akhir Mac. Bila 'check' kat Liverpool ada kekosongan dalam masa terdekat, bincang dengan Abi dan ambil keputusan untuk buat kat sana, sambil jalan-jalan 'round' bandar Liverpool.

Bertolak dengan 'train' dalam jam 10.36 pagi, sampai kat Lime Street Station, Liverpool dalam jam 12.05 tengah hari (tak berani nak 'drive' dari Birm ke Liverpool sebab jauh dan takut lambat sampai sebab 'appointment' kat UKBA Home Office jam 2.05 pm. Setengah jam awal dah kena ada kat sana). Rehatkan diri sat, salin nappy 'Amru, dan ambil 'cab' ke sana. Sebab kami datang dari Birm dan terus ke sana dengan beg, kereta tolak dan bekalan makanan untuk 2 hari kat Liverpool, agak leceh kat tempat pemeriksaan kat Home Office tu sebab terbawa garfu plastik. 'So', agak lama sikit kena periksa. Lepas tu, nama kami tak tersenarai pula untuk 'appointment' hari tu. Alhamdulillah, dalam 5 minit lepas tu, kami dibenarkan masuk dan 'check' kat kaunter. Dalam setengah jam lepas tu, dipanggil untuk ambil cop jari dan gambar. 'Officer' yang bertugas melayan kami (perempuan) sangat baik. Siap tak kisah bila 'Amru duk pegang pen dia dan tak nak lepas. Siap bagi aje.

Dalam 10 minit lepas tu, lepas Abi kena ambil gambar dan cop jari, Alhamdulillah, urusan selesai. Syukur, lega rasanya, satu urusan besar dah selesai. Boleh rehat-rehat dan jalan-jalan kat Liverpool. Lepas tu, jalan kaki, jalan-jalan kat tepi sungai (ke laut?) tak jauh dari UKBA Home Office tu, sambil nak cari hostel Travelodge The Strand untuk menginap malam ni. Pastu, masuk dalam Liverpool Museum lagi (masuk sebab 'free entry' tak yah bayar). Habis kami melawat semua bahagian kat muzium tu. Pastu, bila nampak hari macam nak hujan, dan 'Amru pun macam dah nak 'buat perangai' (mujurlah dia ok, tak meragam sangat duk dalam 'pushchair', cuma tak leh tengok mama dia, mesti meronta nak suruh dukung), berjalan cari Travelodge. Alhamdulillah, travelodge tu tak jauh dari muzium tu, senang jer nak jumpa. Dah 'check-in', pastu rehat-rehat, solat jamak ta'khir Zohor dan Asar. Dalam lepas Maghrib, keluar jalan malam-malam kat bandar Liverpool. Si kecil selamat lena atas 'pushchair' lepas meragam sekejap. 'Round' bandar /city centre Liverpool, masuk keluar kedai (tak beli apapun, tengok aje), sambil jalan-jalan cari kedai halal. Alhamdulillah, jumpa 3 kedai halal (lepas jumpa dan masuk kedai/fastfood halal yang pertama), tak jauh pun dari Lime Train Station. Order cheese burger, beef burger (tapi dia bagi chicken burger pula, esoknya baru perasan), dan ayam seketul. Makan kat situ sat, pastu terus gerak balik ke hotel. Malam ni, kami tiga beranak merasai pengalaman bermalam kat Travelodge The Strand kat Liverpool (dapat £25.50 untuk satu malam).

Next post, sambung cerita untuk jalan-jalan esoknya pula...