Thursday, July 7, 2011

Second Attempt Makroni Bakar...

Pagi tadi terlebih rajin, wat makroni bakarlah pulak (kali kedua buat. Kali pertama buat, Alhamdulillah, menjadi). Buat tu bukan sebab rajin sangat, tapi sebab dah beli keju parut nak tabur atas makroni bakar. Sayanglah pulak kalau tak cepat-cepat 'guna', nanti berkulat macam tu aje. Alhamdulillah, cubaan kali kedua ni menjadi. Lagi sedap kalau makan dengan sos tomato. Sama macam Che Ma aka Mama (mak sedara buat). Tapi bila dah rajin sangat (campur sepagi duk kemas dapur dan masak), kesannya penat, n tup tup study kat rumah jer, hari ni. Tapi sebab petang tadi study tak 'menjadi' sangat, kena qadha' malam ni. Tapi sebelum tu, ni resepi untuk makroni bakar. Senang, cepat dan sedap, Alhamdulillah...(kalau sempat, nanti ambil dan 'upload' gambar).





Bahan-bahan

Bawang besar
Rempah kari
Susu cair (1 atau 1/2 tin)
Telur (2 biji)
Daging hancur
Keju parut
Garam dan gula


Cara-caranya

Hiris bawang besar kecil-kecil
Tumis bawang besar hingga layu.

Masukkan rempah kari (agak-agak berapa, mungkin 1 atau 1 1/2 sudu besar dan bancuh dengan air sebelum tumis bersama bawang besar)
Masukkan daging kisar. Tunggu sekejap hingga daging masak.
Masukkan susu cair, garam dan gula.

Tunggu hingga betul-betul masak.
Matikan api. Masukkan bahan dalam bekas (bekas sapu dengan mentega dahulu untuk elak melekat setelah masak).
Campur telur dalam bancuhan.
Tabur keju di atas bancuhan.
Bakar dalam oven lebih kurang 30-45 minit.
Bila sudah masak, tunggu hingga sejuk supaya mudah untuk potong.
Siap dah dan sedia untuk dimakan...Taraaa! :)

Tuesday, July 5, 2011

My 'lil gadget...

Selasa minggu lepas (28 Julai 2011) , setelah lama 'berkira-kira' dan membuat beberapa pertimbangan, akhirnya aku putuskan untuk membeli 'gadget' baru untuk tujuan pengajianku. Tambahan abe pun setuju setelah melihatkan keadaan laptopku yang asyik 'black-out' bila tengah buat kerja, dan laptop milikku yang abe guna sekarang sudah 'segan hidup mati tak mahu'. Bila nak surf internet, asyik 'hang' ajer laptop yang abe guna tu.




Selain tu, bertambah momentum untuk beli 'gadget' baru ni bila lepas jumpa Dr. Haifaa pagi tu. Alhamdulillah, Dr. Haifaa dah bagi 'greenlight' untuk cepat-cepat 'submit' kerjaku. Dia nak aku cepat-cepat siapkan 'research'ku, cepat-cepat hantar supaya lekas dapat viva dan dapat selesaikan pengajian. Kalau sebelum ni, Dr. Haifaa agak tak puas hati dengan kerjaku, bila dia baca 'chapter' pertama. Aku pun, selepas tu, agak 'slow' buat kerja. Masih tercari-cari rentak untuk 'study' dan mengambil masa yang sangat lama untuk buat pembetulan untuk satu bab sahaja. Tapi, selepas berjumpa dengan Dr. Haifaa tadi, dan kami 'target' supaya aku dapat hantar 'whole thesis' kepadanya selewat-lewatnya awal Ogos, dan supaya aku dapat viva mungkin dalam bulan September (aduh, betul ke ni?), nampaknya aku tak boleh nak berlengah-lengah lagi. Dan kali ini aku harus rebut peluang masa yang ada dan tidak lagi gagal kali ini, insha-Allah...




Disebabkan faktor laptop juga membuatkan kerjaku kadang-kadang terbantut (juga disebabkan dah banyak sangat web simpan kat 'favourite links', so, agak 'distract' jugak bila buat kerja dengan laptop ni), jadinya aku ambil keputusan untuk beli 'netbook'. Sebelum ni aku dan abe berkira-kira nak beli desktop PC supaya abe boleh pakai, gantikan laptop yang dia pakai dan aku tetap pakai laptop yang sama, tapi tak jumpa yang murah dan 'secondhand' yang elok kat ebay. Jadinya, kami buat keputusan, aku beli 'netbook' dan laptop aku tu, abe boleh pakai. Aku pun dah lama teringin nak pakai netbook, sebab kecil dan senang nak bawa ke mana-mana. Tak macam laptop yang aku pakai sekarang, besar dan berat, dan sesuai untuk guna di rumah sahaja (memang pun, sebab tu 'home laptop'). Kebetulan duit simpanan pun masih ada, setelah tak jadi hantar £60.00 via western union ke Nigeria hari ni (ni kes kena 'phising', kita cerita lain kali).




Jadinya, petang tu juga, dalam pukul 6 petang, kami ke Currys' yang tak jauh dari rumah dengan kereta untuk dapatkan 'netbook' tu. Minggu lepas dah pergi 'survey' secara 'roughly', dan aku ingatkan mahal, so ingat nak beli kat amazon.uk aje. Tapi bila tengok harga kat amazon pun lebih kurang aje, dan rasanya lebih selamat beli secara berdepan (dapat tengok dan pegang dulu sebelum beli), kami ke Currys'. Mulanya, aku masuk kedai PC World dulu, tapi tengok tak banyak pilihan, so masuk ke kedai Currys'. Dan mula-mula ingat nak beli yang harga tak sampai £200.00. Tapi bila bandingkan harga dan 'kriteria' netbook yang diorang jual, akhirnya aku buat keputusan untuk beli 'netbook' jenama Samsung. Ingat nak beli Asus, sebab ingat lagi Hani pernah cakap, Asus jenama yang bagus untuk laptop. Tapi mahal harganya, £300.00++ Ada netbook lain yang lagi murah, £100.00 'something' tapi 'kriterianya' macam tak sebagus Samsung. So, kami beli 'netbook' tu. Harganya £229.00. Tapi tu bukan harga bersih. Tambah £99.00 lagi untuk beli program Microsoft Office dan Norton Anti-Virus, campur termasuk dalam 'package' dapat beg 'netbook' dan 'mouse' dan 'pendrive'. So, harga semua sekali, £329.00. Hmm, oklah, tak sampai £400.00, dapat beg lagi (beg tu, kalau yang termasuk 'package' kena bernilai dalam £20.00, tapi aku dapat 'discount' bila pilih beg yang berharga £25.00-tu pun abe yang pilih).Dan dapat free £5.00 bulan ni untuk bayaran servis (kalau berminat, dia akan teruskan servis ni dengan bayar 'direct debit' £5.00 sebulan).




Alhamdulillah, dapatlah beli netbook hari ni, walaupun pergi dah agak lambat dan kami pelanggan yang terakhir keluar dari kedai ('salesman' tu sanggup nak layan kami walaupun masa dah lewat, jadinya apalagi, beli terus jerlah). Selepas tu, berjalan-jalan sekejap kat Sainsbury's, beli barang-barang dapur sikit, dan terus balik rumah. Sampai kat rumah, abe yang 'excited', duk belek 'netbook' tu dan tolong 'charge'kan bateri. Esok jerlah baru 'install' program microsoft office dan norton anti-virus dan 'connect'kan internet.




Jadinya, 'peralatan' dah ada. Apa tunggu lagi, mari kita pulun belajar bersungguh-sungguh, dengan masa dan kemudahan yang ada. Moga dipermudahkanNya segala urusan dan berakhir dengan kejayaan, insha-Allah. AMIN!

Recipe for my 'lil one...











Bila si kecil dah 'start' makan, kadang-kadang tak tau nak bagi dia makan apa.

'Puree food' yang dah buat sebelum ni pun tak habis-habis lagi. Hari tu 'try' buat bubur nasi ikut resepi kat internet, tapi bila dah 'defrozen', rasa bubur nasi tu macam tak de rasa. Pelik semacam. Tak tergamak nak bagi si kecil makan.

Disebabkan tak tau nak bagi si kecil makan apa, kadang-kadang buat yang 'instant' aje. Macam minggu lepas, 'on spot' kupas n potong buah epal kecil (yang ni tak pernah bagi dia rasa lagi), pas tu terus 'blend' pakai 'handblender' (hadiah kahwin daripada Hani yang sangat berjasa sekarang!). Mula-mula masakkan epal tu dalam periuk (kes ikut resepi dalam buku), tapi bila tengok epal tu macam dah masak dan sedikit lembik dan berair, terus tutup api dapur, angkat epal tu dan 'blend'. Alhamdulillah, sekejap aje buat, terus siap dan boleh bagi dia makan. Berlebih pulak tu, 'so' boleh simpan dalam 'freezer' untuk bagi lain kali pula. Sedap pula tengok si kecil makan 'puree apple' ni. :)

Isnin dua tiga hari lepas pun, sama, 'on spot' 'blend' buah pear, untuk bagi dia bagi. Terus 'blend', tak masakkan pun dalam periuk sebab nampak buah tu tak keras mana dan sedang elok untuk makan terus. Alhamdulillah, si kecil makan dengan sedapnya, walaupun ada sedikit berbaki.

Semalam, duk berkira-kira nak bagi dia makan apa hari ni. Sayur-sayuran banyak lagi yang dia tak pernah rasa kecuali puri 'carrot' dan kentang. Nak bagi puri sayur satu persatu, macam tak sampai hati sebab kita sendiri pun tak makan sayur macam tu (biasanya kita makan sayur-sayuran dengan nasi, kan?). 'So', dapat idea, hari ni kita buat bubur nasi untuk si kecil (alang-alang masak bubur nasi untuk 'breakfast' sama) dan letak segala sayur-sayuran dalam bubur nasi tu, dan 'blend' supaya tekstur dia jadi lembut dan mudah untuk si kecil makan. Asalnya macam nak tumis halia dan 'blend' ayam sekali untuk si kecil makan, tapi bimbang kut halia tu panas sangat kalau si kecil makan, dan ayam tu macam tak sampai masa lagi nak bagi dia makan. 'So', tak jadi tumis halia untuk bubur nasi si kecil ('just' tumis halia untuk bubur nasi mama dan abinya), dan keluarkan ayam dari bubur nasinya (ambil air/stok ayamnya sahaja). Bila bubur dah siap masak, 'blend' dengan 'handblender', sejukkan sekejap dan bagi dia makan. ALhamdulillah, nampak seronok si kecil makan, dapat makan nasi. Lebihan bubur tu, satu bekas simpan dalam 'fridge' untuk bagi dia makan lagi esok, dan selebihnya simpan dalam 'cube tray' dan letak dalam 'freezer' untuk sesi makan seterusnya selepas ni.

Resepi bubur ni seperti di bawah :

Bahan-bahan


- Bawang besar (separuh)

- Bawang putih (satu atau dua ulas)

- Beras perang atau beras putih (kali ni saya campur, satu atau separuh pot pun dah cukup)

- Ubi kentang (dikupas kulit dan potong kecil-kecil)

- Lobak merah (kupas nipis kulitnya dan potong bulat-bulat)

- Bunga kubis (sedikit sahaja dan potong kecil-kecil)

- Brokoli (beberapa 'pohon pokok' dan potong kecil-kecil)

- Bayam

- Sayur-sayuran lain yang dirasakan sesuai untuk dimasukkan dalam bubur

- Oh, lupa - ayam, dipotong kecil-kecil (elok ambil bahagian isi sahaja)

- Serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam (sekadar nak bagi ada rasa-no garam, please!)
- Air



Cara-caranya


- Bawang besar dan putih dihiris halus


- Segala sayur-sayuran dipotong kecil-kecilan


- Tumis bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga nampak macam nak hangit/masak bawang tu sedikit/ atau sampai naik bau.


- Masukkan air (sehingga hampir sedikit penuh periuk)


- Masukkan beras yang sudah dibasuh


- Masukkan ayam


- Masukkan segala sayur-sayuran yang telah dipotong kecuali bayam.


- Masukkan serbuk lada hitam dan putih.


- Tunggu hingga beras menjadi bubur.


- Masukkan bayam


- Setelah dah jadi bubur dan masak, matikan api, tunggu sejuk dan 'blend' untuk jadikan macam 'puri', supaya sayur-sayuran yang dimasukkan dalam bubur menjadi halus dan si kecil dapat rasa zat sayur-sayuran ni sama. (masa ni, saya keluarkan ayam yang saya masukkan, tapi kalau rasa si kecil dah boleh makan ayam, tinggalkan ayam dan 'blend' bersama bubur dan sayur-sayuran tadi)


Ok, dah siap! Jom kita suap si kecil makan bubur nasi sayur-sayuran hari ni...!














Monday, July 4, 2011

Setelah sekian lama mencari dan menanti, akhirnya...Alhamdulillah...









Setelah sekian lama menanti dan mencari, Alhamdulillah, dibukakanNya jalan dalam meneruskan pengajian ini, setelah sekian lama berada dalam keadaan tercari-cari dan sedikit kegelapan...



Dah lama aku menanti dan mencari saat ini. Alhamdulillah, syukur padaNya, walaupun natijahnya masih belum kelihatan. Semenjak aku bersalin dan habis berpantang, keadaan pengajiaanku amat huru-hara. Serba tak teratur dan tak kena. Mana nak jaga perihal si kecil lagi (walaupun anak baru seorang). Mana nak penuhi keperluan suami lagi. Urusan rumahtangga lagi. Aduh...Dan akibatnya, aku sentiasa mengeluh dan mengeluh bila mengadap kerja-kerja pengajian, dan masa banyak dihabiskan untuk penuhi keperluan si kecil (susukan dia, mandikan dia, carikan barang kat ebay untuk dia-aduh, alasan!). Masa 3 bulan pertama selepas melahirkannya, rumah memang huru-hara. Bilik tidur langsung terabai, tak berpenghuni sebab kami tidur di ruang tamu setiap malam. Ruang tamu yang sangat sempit dan tidak selesa. Dengan katil yang digunakan semasa berpantang masih terpasang, barang-barang rumah yang tak tersusun. Sehinggalah kami dapat ilham untuk rombak katil tersebut, dan letak 'baby changing table' di tempat katil itu. (Ilham ni dapat semasa berkunjung ke rumah K.Asmihan di Orpington, London. Bersih jer rumah dia, dan salin 'nappy' 'Amru pun kat atas 'carpet' sahaja). Kebetulan sebelum ke rumah K.Min, aku ada belikan 'baby changing table' tu. £15 sahaja, tapi masih sangat elok dan berjenama (Mamas & Papas) dan tuannya datang hantar sendiri meja tu. (asalnya tengok iklan di Gumtree n tengok 'children see saw' yang dia jual harga £5 aje, tu terus hantar email kat dia. Lepas tu tanya harga 'baby changing table' tu. Bila tuan tu sanggup datang hantar, terus sanggup beli - tak sempat nak tanya abe dulu, tapi nampak dia ok jer bila beli barang ni, hehehe....)



Bila dah buat rombakan di ruang tamu, lega sikit rasa bila tengok ruang tamu agak lapang sikit. Senang sikit nak bergerak berbanding sebelum ni. Dan pelan-pelan, kami bersihkan bilik tidur yang sudah lama tak berpenghuni dan cuba biasakan si kecil tidur di bilik tidur. Kemudian, bersihkan bilik sebelah untuk mudahkan aku mentelaah di rumah (jadi bilik 'study'). Alhamdulillah, selepas ada 'perubahan fizikal' pada rumah, agak sedikit stabil dari sudut ni. Tapi, pengajian masih tak stabil sebab aku belum boleh biasakan diri belajar di universiti setelah sebelum ni asyik belajar di rumah. Masa ni, 'study' di rumah langsung tak jalan. Cepat jer diri nak jengah si kecil kalau dia menangis. Masa ni, nak buat stok simpanan susu pun masih jahil, walaupun dah beli 'freezer' baru, khas untuk simpan susu si kecil.



Setelah beberapa kali percubaan, seminggu sebelum abe berhenti bekerja dalam bulan Mei, kalau tak silap (tu pun ayah yang 'call' dari Malaysia, minta abe berhenti bekerja supaya dia boleh tengokkan si kecil dan aku boleh tumpu pada pengajian), aku mula simpan stok susu untuk si kecil. (Sebelum ni jahil bab-bab susu ibu, hampir-hampir nak bagi susu formula kat si kecil, tapi ikut nasihat K.Odi supaya perah dan bagi susu pada si kecil). Masa ni, masih belum biasa. Terasa macam penat, bila pepagi dah bertungkus-lumus di dapur, mengemas dapur, memasak (siapkan sarapan dan makan tengah hari), kadang-kadang berhenti untuk susukan atau mandikan si kecil dll. Dalam seminggu lebih aku ber'jadual' demikian, minggu seterusnya aku kalah, buat keputusan untuk belajar di rumah sebab tak tahan penat dengan rutin tersebut. Hampir sebulan aku belajar di rumah (yang kadang-kadang boleh fokus, kadang-kadang tak), hari ni aku kembali belajar di universiti setelah melihatkan di siang hari (terutama di sebelah petang, selepas Zohor), hanya sedikit masa sahaja aku boleh luangkan untuk belajar kerana kerap menyusukan si kecil.



Alhamdulillah, abe pun nampaknya dah mula faham dengan keadaan pengajianku. Tambahan pula Dr. Haifaa dah bagi 'green light' untuk cepat-cepat 'submit', dengan syarat kerjaku siap dan memenuhi kreteria tesis PhD. Hari ni, bila aku mula membuat pembetulan untuk 'Chapter 4', aku sudah mulai panik! Aduh, rupa-rupanya macam tak kena apa yang aku tulis untuk bahagian 'research design' dengan teknik yang aku kaji. Aku sudah mulai panik. Hampir-hampir nak hantar email pada Dr. Jabal, untuk mengadu dan mohon nasihatnya.



Tapi, bila aku sudah sedikit tenang dan otakku terus ber'pusing' untuk memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah ini, Alhamdulillah, ada idea untuk selesaikan masalah ini. Tapi masih belum bertindak lagi. Chapter tu pun, masih tak buka dan baca balik lagi untuk tengok di mana yang tidak kena. Apapun, ada sedikit perancangan untuk atasi masalah ni (kalau betul nak tukar 'research design' daripada apa yang kutulis-survey study kepada 'case study'-ni yang asal dalam proposal-tukar kepada 'survey research' dulu pun tak bincang dengan Dr. Jabal dulu, huhuhu...), aku kena senaraikan sumber-sumber rujukan berkaitan 'case study research', cari di 'library', buatkan 'outline' baru untuk 'chapter' (mungkin ada lagi yang dah ditulis boleh dipakai, tak perlu rombak semua) dan 'start' menulis 'chapter' ni sambil minta nasihat daripada Dr. Jabal tentang hal ni. Aduh, masih banyak yang perlu dibuat, namun aku bersyukur kepadaNya kerana dicampakkan aku di dalam situasi ini, mula nampak apa yang perlu dilakukan dalam keadaan dapat mengawal keadaan sekeliling-urusan rumahtangga-insha-Allah...(dan dalam keadaan bersemangat dan berperancangan, insha-Allah...)



'Allahumma yassir 'umurana wala 'tu'assir 'alaina, ya Allah (ya Allah, permudahkanlah urusan kami ini dan jangan Engkau sulitkan urusan ke atas kami, ya Allah!) Amin, amin, ya rabbal 'Alamin (amin, amin, amin ya Tuhan sekalian Alam!)