Monday, December 15, 2008

Salam Eidul Adha 1429H dari Birmingham...

Salam,

8 Januari 2008, umat Islam di Birmingham dan seluruh dunia (kalau tak silap) menyambut kedatangan Eidul Adha 1429 H. Salam Eidul Adha untuk semua. Sambutan Hari Raya Haji di sini pastinya tak semeriah di Malaysia, lebih-lebih lagi di Kelantan. Kalau tahun lepas (2007), kali pertama beraya haji di sini semenjak sampai ke UK, saya ke Lampeter (tempat Ustazah Aizan, pensyarah yang pernah mengajar saya di APIUM) untuk turut sama merasai kemeriahan sambutan Eidul Adha di sana. Kali ni, Eidul Adha hanya di Birmingham. Tidak dapat tunaikan solat sunat hari raya kerana 'uzur'. Jadinya, sepanjang hari, memasak sedikit hidangan istimewa (nasi kerabu dan daging bakar) untuk merasai 'suasana hari raya korban'. Dan beraya di rumah Eti, Hana dan Irma dan di rumah Shiikhah (student MA di Uni of Birmingham)-setelah jenuh mencari rumahnya dalam kesejukan dan sedikit kebasahan (tapi tetap semangat nak beraya). Dan pulang ke rumah untuk menunggu kedatang Eti n d gang (her housemates) n Ida's friends (Fifi n Haqif) yang nak datang bertandang ke rumah. Selamat Hari Qurban untuk semua dan semoga falsafah ibadah qorban dapat kita hayati dan amalkan dalam kehidupan kita sehari-hari, Insha-Allah...
Salam Eidul Adha 1429H dari kami di Birmingham

Atas (dari kiri); saya, Sahana, Ida dan Hana Bawah (dari kiri); Liena dan Eti

Bersama rakan-rakan postgraduate dan adik-adik undergraduate di rumah Eti n housemates

Kami dah nak balik!

Beraya di rumah Shiikhah (pelajar MA di Uni of Birmingham)

2 comments:

Ina Hashim said...

salam aidil adha buat syikin di sana...bila nak balik msia nih?

aasyiq5 said...

Salam Eidul Adha untuk akak jugak. Lupa nak ucap sebelum ni...Aduh, soalan cepu emas tu. Ni yang jadi sebak ni, huhuhu...(takdelah, gurau jer). Maybe tahun depan kot, akak? Tahun ni dah tak berkesampaian nak balik beraya haji kat M'sia. Harap raya tahun depan bolehlah balik kejap, :)