Wednesday, December 10, 2008

Selesai kerjaku buat masa sekarang...Alhamdulillah..

'Draft Chapter 2 yang ditulis hampir 2 bulan...
Salam.
Alhamdulillah, setelah sedikit bertungkus-lumus hampir dua bulan (dari lepas Raya Puasa hingga ke Raya Haji), kerjaku yang kena 'submit' pada Dr. Jabal 'selamat' hantar padanya hari Isnin lepas. Alhamdulilah3x. Walaupun pasti ada pembetulan dan komen dari Dr. Jabal lepas ni, 'at least' kerjaku selesai buat sementara. Dan walaupun ada kekurangan dalam kerja tu (ada 'part' yang 'argument' nya sangat longgar / tak kukuh), sekurang-kurangnya kerja ni dah dihantar dan akan cuba baiki dari semasa ke semasa. So, bila dah hantar kerja ni, rasa macam dah lega, kan? Awas, jangan lena dibuai mimpi! Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa buat benda-benda yang sepatutnya. Kalau jadi, kemungkinan dalam Februari nanti kena bagi 'talk' dalam seminar mingguan. Dan banyak lagi kerja-kerja menanti. So, teruskan bekerja n bekerja. Masih banyak tuntutan yang perlu dipenuhi. Perjuangan masih belum selesai dan perlu diteruskan. Apapun, jangan lupa berbanyak-berbanyak bersyukur kepadaNya di atas ni'mat yang Dia kurniakan ni....Wallahu a'lam.

2 comments:

Ina Hashim said...

salam kin...

dah lama akak x jenguk blog kin ni...akak dah add ke blogroll akak..senang nak keep track..wah..dah selesai chap 2..alhamdulillah...moga semuanya selesai on time

aasyiq5 said...

Salam, K.Ina. Tu baru draft. Lepas ni sure ada amendment nak kena buat. Tapi at least draft dah ada. So, tinggal baiki n tambah sikit2 lagi kot. Akak doakan, ya? :)