Salam...
Satu lagi 'post' sebelum melelapkan mata malam ni....(kerja pejabat banyak nak kena buat, tapi sempat lagi tulis blog, huhuhu...)
Sedikit coretan berkaitan bibik....Mempunyai bibik atau pembantu rumah bukan pilihan saya sebelum ni. Disebabkan banyak berita-berita di Malaysia yang melaporkan tentang perangai tidak elok pembantu rumah / bibik dari Indonesia, saya lebih gemar menghantar anak ke taska atau rumah pengasuh dari mempunyai bibik. Tetapi perancangan Allah mengatasi segala-galanya.
Bila saya mengandungkan anak kedua, Abdul Rasyid, chek dah mula bertanya, nak pakai bibik ke? Saya mulanya memang tak endah. Saya kata, tak kut, hantar sahaja anak ke taska nanti. Lagipun rumah yang kami tinggal di Gombak sekarang (apartment milik ayah, kami tumpang duduk buat masa ni), kecil, tak besar mana hingga memerlukan bibik. Lalu, saya terus tak fikir tentang bibik, hinggalah chek yang buat keputusan (mungkin dah berbincang dengan kakak-kakak saya yang lain), lalu diambilnya pembantu rumah dari Indonesia untuk saya, melalui pertolongan pembantu rumah Wa, nama Noraini. Yang diberikan kepada saya, kawan sekampungnya, nama Hasanah. Hasanah yang saya panggil bibik, dihantar ke rumah chek, berada di situ dulu, sebelum saya bawa bersama ke Kuala Lumpur selepas habis berpantang nanti. Kiranya, bibik Hasanah ni dah menjaga Abdul Rasyid sejak saya dalam pantang lagi.
Alhamdulillah, kami dikurniakan bibik yang baik, walaupun saya sentiasa meletakkan kepercayaan 50-50 atau 60-40 kepada dia. Seorang yang tak banyak cakap, rajin jugalah bagi saya, penyabar, berkebolehan menjaga anak kecil dan tak begitu cerewet. Cuma adalah kelemahan dia yang saya tak nafikan, tapi tak begitu ketara.
Dengan adanya bibik, saya tak 'sentuh' hal-hal kerja rumah seperti membasuh pinggan, baju dan menggosok baju. Sebelum ke pejabat, saya perlukan siapkan lauk untuknya (untuk abi dan untuknya sekali) sebab saya tak benarkan dia memasak, dan dia pun tak meminta untuk memasak. Sebelah malam, saya tak bebankan dia untuk menjaga Abdul Rasyid, sebab tahu dia sudah menjaganya seharian. Cuma ada sekali-sekala saya minta dia tengokkan Abdul Rasyid, bila saya nak menyuap nasi pada 'Amru atau bila Abdul Rasyid mengamuk yang saya tak tahu macam mana nak menguruskannnya. Kalau membeli makanan di luar, kami belikan untuk bibik sama. Dia makan apa yang kami makan, dan kami belikan makanan untuknya, lebih kurang apa yang kami belikan untuk kami.
Hampir setahun bibik Hasanah dengan kami, Alhamdulillah, secara umumnya baik. Cuma adalah sekali-sekala saya memarahi atau menegurnya, bila ada dia buat silap atau apa yang dia buat tidak enak pada pandangan saya. Cuma, dalam akhir Mac 2014 hari tu, hampir-hampir cuti sekolah bermula, bibik bagitau secara tiba-tiba yang dia mahu mengikut suaminya pulang ke Indonesia, kerana ibu mertuanya sakit. Hari ni baru cakap, esok dah mahu berangkat. Saya ingat lagi, semasa dia hantarkan sms tu, saya baru selepas urusan melawat Muzium Kesenian Islam Malaysia dengan pelajar-pelajar kursus Warisan Islam di Nusantara. Kebetulan cuti sekolah, abi dan 'Amru saya ajak dan bawa sekali dalam lawatan tu (rasanya pagi tu, pihak sekolah telefon yang 'Amru cedera, berdarah di bibir dan sedikit dalam mulut sebab main pusing-pusing kat sekolah. Saya dan abi pergi tengok 'Amru kat sekolah. Tak sampai hati nak tinggalkan dia kat sekolah dalam keadaan macam tu, saya ajak abi bawa Amru ke UM, dan ajak abi ikut sekali lawatan ke muzium, petang tu). Hampir tamat lawatan, saya terima sms dari bibik, beritahu yang dia mahu ikut suaminya pulang ke Indonesia esoknya.
Selesai lawatan, kami solat Asar di Masjid Negara, dan terus pulang. Tak tunggu solat Maghrib kat situ, sebab takut lagi lambat balik, dan bimbang takut jadi apa-apa pada Abdul Rasyid, ditinggalkan di rumah seorag diri oleh bibik dan lain-lain. Sampai di rumah, kami minta penjelasan dari bibik tentang yang dia mahu pulang. Pening dan sakit kepala juga saya malam tu, fikirkan hal ni, sebab agak tergesa-gesa dan tak ada 'back-up' untuk urusan menjaga Abdul Rasyid selepas ni. Tambahan pula, kami rancang pulang ke Kelantan pada hari Rabu minggu tu. Saya sempat juga hubungi K.Na, tanyakan pendapat K.Na. K.Na minta sekat dulu bibik dari pulang, atas alasan terlalu mengejut dan tak ada tempat untuk hantarkan Abdul Rasyid untuk dijaga. Namun akhirnya, esok paginya, kami terpaksa beralah, akur dengan kehendaknya untuk pulang, kerana bimbang jika terus disekat kehendaknya, dia akan lari dan apa yang akan terjadi pada Abdul Rasyid. Kami benarkan dia pulang, dengan syarat hanya sebulan dan dating bekerja balik dengan kami, jika masih mahu bekerja di sini. Memang pagi tu, Nampak macam bibik cepat-cepat nak keluar rumah. Mungkin dah tak tahan berkurung di rumah, tak dapat kebebasan keluar rumah seperti orang lain.
Selepas bibik pergi, kami pulang juga empat beranak ke Kelantan tanpa bibik. Alhamdulillah
perjalanan pulang kami dipermudahkan. 'Amru dan Abdul Rasyid tak banyak karenah dalam perjalanan pergi dan datang balik ke Kuala Lumpur. Dan saya hubungi pemilik taska tempat kami pernah hantar 'Amru sebelum ni, sebelum dia ke Brainy Bunch. Mujurlah pemilik taska tu, sanggup terima walaupun hubungi dia dalam keadaan tergesa-gesa dan dia pun tak ada ramai pekerja. Hari Isnin, sehari selepas pulang dari Kelatan, saya tak hantarkan lagi dia ke sana sebab nampak dia agak penat (malam tu, jam 12 tengah malam baru sampai di Gombak). 'Amru pun, rasanya tak gi sekolah hari tu, Saya pun batalkan kuliah hari tu, sebab nak jaga Abdul Rasyid di samping tak buat persediaan untuk mengajar. Esoknya, saya hantar buat pertama kalinya Abdul Rasyid ke taska tu. DIa tidur masa kami hantar, sebab hantar 'Amru dulu, baru hantar Abdul Rasyid. Saya bagitau pada K.Zaiton, pemilik taska tu, yang saya cuba-cuba dulu hantar, tengok macam mana, dan boleh hubungi saya, kalau Abdul Rasyid nampak tak boleh dikawal.
Dalam jam 3.30 petang, K.Zaiton telefon, minta datang tengok dan ambil Abdul Rasyid, sebab dia tak boleh buat kerja sebab asyik nak berkepit sahaja. Rasanya saya terus pergi, tapi mungkin sampai lambat sikit sebab gi ambil 'Amru dulu. K.Zaiton bagitau, susah juga nak jaga ABdul Rasyid. Tapi dia cakap, dia nak cuba, sebab nampak macam boleh dibentuk. Jadinya, seminggu pertama di sana, memang susah juga buat Abdul Rasyid sesuaikan diri, dan K.Zaiton dan seorang lagi pekerja, nama Zah, untuk jaga Abdul Rasyid. Tapi, lama-kelamaan, Abdul Rasyid dah kurang manjanya, dan dah boleh sesuaikan diri di sana. Alhamdulillah, saya pun suka Abdul Rasyid dijaga di sana, sebab penjaganya orang kita, dan K.Zaiton rajin bercerita tentang perihal Abdul Rasyid bila saya datang jemput Abdul Rasyid.
Tapinya, Allah Maha Kaya, perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Seminggu selepas bulan Mei, tiba-tiba saya dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali, dalam jam 11 malam. Hmmm, siapa ni. Mula-mula saya tak ambil peduli, tak jawab panggilan tu. Kemudian saya angkat, jawab panggilan. Rupa-rupanya dari bibik Hasanah. Katanya dia sudah ada di Malaysia dan mahu datang bekerja semula...Aduh, sakit kepala pulak saya dibuatnya. Saya sudah selesa tanpa kehadirannya, walaupun rumah agak tunggang-langgang dan kotor. Abdul Rasyid pun dah selesa di taska, tiba-tiba nak dijaga balik oleh bibik...
Setelah berbincang dan bibik sampai di rumah,bibik bagitau yang dia tak akan pulang ke Indonesia. Dia akan bekerja setahun lagi, dan baru pulang. Rancangan asalnya sebelum pulang mengejut hari tu pun, tak jadi. Akan terus bekerja di sini. Saya dan suami pening juga, kalau-kalau dia datang balik hanya nak dapatkan permit bekerja, bukan ikhlas nak bekerja. Namun, kata jaminan darinya, buat kami terima bibik kembali.
Tetapi, dalam minggu lepas, dia minta izin untuk pulang sebentar, dalam sebulan bulan Oktober nanti, jika ibunya dapat ke Makkah, kerana tiada sesiapa yang dapat menjaga anaknya. Mulanya saya tak begitu nak benarkan. Dan saya cakap secara tak rasmi, lebih baik dia berhenti sehingga hampir tamat visa sahaja, dan tak perlu datang lagi, memandangkan susah di pihak saya dan Abdul Rasyid yang bertukar-tukar penjagaan. Beberapa kemudian, selepas berbincang dengan abi dan abang ipar, Abe Din, mungkin kami boleh bagi kelonggaran untuk dia pulang selama sebulan, bulan Oktober nanti.
Namun, Allah itu Maha Kaya, Dia Yang Maha Mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Semalam, tiba-tiba bibik beritahu yang dia minta pulang ke Indonesia dan tidak lagi diperbaharui permit kerja. Dia syak dia mengandung, memandangkan katanya dia agak penat dan mabuk seminggu dua ni, seperti orang mengandung, berdasarkan pengalamannya yang lepas. Saya sedikit terkejut, tetapi lega, mungkin. Lega kerana tidak lagi perlu bertanggungjawab ke atas dia. Setelah memberitahu abi dan berbincang suami, kami tak ada halangan untuk tidak memperbaharui visanya.
Saya sebenarnya lebih suka tak ada bibik, walaupun saya tahu banyak kerumitan yang akan saya alami nanti dan rumah akan menjadi lebih tak terurus. Cuma bagi saya, lebih baik tiada bibik, supaya kami belajar hidup susah, dan boleh mendidik sama anak-anak membuat kerja rumah. Abdul Rasyid pun, mungkin akan kurang manjanya bila diletakkan di taska. Cuma saya berharap dan berdoa, K.Zaiton, pemilik taska yang saya hantar Abdul Rasyid sebelum ni, sudi menerimanya kembali. Mungkin sukar di pihaknya, sebab Abdul Rasyid agak mengambil masa untuk meyesuaikan diri. Cuma harapnya, rezeki menyebelahi pihak kami.
Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Semasa bibik mahu pulang tergesa-gesa sebelum ni, kami agak pening juga memikirkan apa yang akan berlaku kemudian, bagaimana dengan penjagaan Abdul Rasyid. Namun, selepas bibik datang balik dan bila saya fikirkan balik apa yang terjadi sebelum ni, terlintas di fikiran saya, mungkin Allah mahu memudahkan dari sudut kewangan kami. Bila bibik tidak bekerja bulan itu, kami hanya perlu keluarkan dalam RM350 untuk bayaran taska Abdul Rasyid, berbanding gaji bibik sebanyak RM700 sebulan. Dengan bayaran untuk 'speech therapy' 'Amru lagi, memang banyak duit yang nak kena keluarkan. Jadinya, secara tak langsung, kami berjimat jugalah dalam hal ni...
Moga kami sekeluarga terus diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian dariNya. Moga urusan kami sekeluarga sentiasa dipermudahkanNya, dijauhi dari segala musibah dan bencana, dan kami memperoleh keberkatan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, amin!
No comments:
Post a Comment