Sambungan dari 'posting' sebelum ni. Jadinya, bila dah ambil keputusan untuk hubungi Hajjah, Hajjah pun dating ke rumah. Seingat saya, pertama kali Hajjah datang jumpa 'Amru, Hajjah datang sebelah malam, dengan sepupunya, nama En. Hamid. Hajjah cuba berbual dengan 'Amru, ambil perhatian 'Amru. Tapi respon 'Amru memang dingin. 'Amru banyak nak berkepit dengan saya, tak pandang Hajjah bila Hajjah panggil namanya (berbeza dengan Abdul Rasyid yang cepat pandang dan respon pada Hajjah bila Hajjah panggil nama dia) dan seolah-olah cuba 'berlawan' / buat perkara bertentangan dengan apa yang Hajjah nak 'Amru buat. Berdasarkan penerangan dari saya dan suami dan pemerhatian Hajjah, seingat saya, Hajjah cakap, 'Amru ada sedikit tanda-tanda 'autism', seperti sangat obses dengan sesuatu perkara, sangat sensitif dan lain-lain (kena 'google' balik, apa itu autism). Dan Hajjah kata 'Amru ada masalah 'behaviour', dia cuba 'berlawan' bila Hajjah bagi arahan padanya dan seolah-olah dia nak tunjukkan yang dia yang mengawal keadaan. Dan 'Amru ada keadaan suka keluarka bunyi (ikululu?) seperti bunyi kenderaan, binatang dan lain-lain, daripada dia bercakap.
Selepas malam Hajjah datang ke rumah berjumpa 'Amru, secara umumnya saya dapat gambaran sedikit-sebanyak apa masalah yang 'Amru hadapi. Cuma, saya perlu buat keputusan, sama ada nak dapatkan khidmat Hajjah, atau berusaha dengan cara lain. Sebabnya, bayaran yang Hajjah kenakan agak mahal, rm3,500.00 untuk satu bulan. Dan untuk 'Amru, sekurang-kurangnya memerlukan 3 bulan untuk pulihkan kembali 'Amru.
Lama saya berkira-kira dan berfikir, sama ada mahu teruskan terapi ni atau tak. Sehingga saya bertanyakan balik kepada Salina, wajarkah saya gunakan khidmat Hajjah ni. Salina berikan respon yang agak positif juga, sehingga saya membuat keputusan untuk teruskan rawatan terapi ni. Cuma untuk sedapkan hati, saya maklumkan pada Hajjah, saya nak tengok dalam masa sebulan dulu, sejauh mana perkembangan dan perubahan yang berlaku. Jika ada perubahan yang positif, saya akan teruskan sehingga 3 bulan. Hajjah tak beraa setuju bila saya cakap begitu, sebab dia bagitau, proses terapi ni akan mengambil masa sekurang-kurangnya selama 3 bulan. Saya respon yang saya akan teruskan untuk 3 bulan, cuma nak tengok sejauh mana perubahan yang berlaku dalam tempoh sebulan dulu. Jika ada perubahan positif, saya akan teruskan hingga ke 3 bulan.
Jadual disusun, dan Hajjah datang 3 kali dalam seminggu. Peringkat awal. Hajjah datang pagi Isnin (9 hingga 11 pagi), Rabu petang (3-5 petang di sekolah 'Amru) dan Jumaat malam, kalau tak silap (9-11 malam). Saya masih ingat, kali pertama Hajjah datang untuk mulakan terapi, hampir sejam, Hajjah terpaksa 'berperang' dengan perangai 'Amru. Bila Hajjah panggil nama 'Amru, dia buat-buat tak dengar, asyik nak berkepit dengan saya, yang Hajjah kata 'clingy to you is very bad', tak ikut arahan Hajjah, buat-buat tak tahu sampai tengok tv sambil baring dan angkat kaki atas rak dekat dengan tv. Hajjah kata, ini perkara biasa dan ini yang dia perlu atasi dan selesaikan masalah ni dulu, masalah 'behaviour' Amru. Kalau hal ni dapat diatasi, barulah Hajjah dapat mengajar perkataan dan cara sebutan betul pada'Amru.
Hajjah bersependapat dengan pihak HKL, yang 'Amru kekurangan hampir 1,000 atau 3,000 patah perkataan (lupa dah, banyak mana) dan tahap dia sekarang ialah tahap kanak-kanak di usia 1 tahun setengah. Dan, yang sedikit mengejutkan saya, Hajjah bagitau, dalam otak 'Amru, ada bahagian yang tak terbina, menyebabkan 'Amru tak dapat simpan maklumat yang diterima dalam otak. Sebab tu, bila kita ajar apa-apa, dia tak boleh keluarkan balik maklumat tu sebab maklumat tu tak tersimpan dalam otak dia. Dan 'Amru perlu dipecahkan keegoan dia, perlu diubah dari dia yang 'control' kepada kita yang 'control' dia. Jadi, Hajjah nasihatkan kami sebagai mak ayah supaya tidak mengikut kesemua permintaan 'Amru, kecuali ada sebab tertentu dan ada timbal balas dari apa yang dia akan dapat (cth, cakap 'sorry', baru boleh dapat mainan baru). Dan dalam sesi-sesi seterusnya, saya tengok apa yang Hajjah lakukan dengan 'Amru. Hajjah pesan supaya galakkan dia bercakap dari menggunakan bahasa isyarat. Contoh, kalau tanya 'Amru sesuatu dan dia gelengkan kepala tanda tak mahu, ajar dia supaya sebutkan tak nak atau 'no', jangan setakat bahasa isyarat semata-mata.
Sebelum ni, sebelum Hajjah datang ke sekolah 'Amru untuk lakukan terapi di sana, saya ada minta kebenaran daripada pengurus sekolah/Montessori tu untuk benarkan Hajjah datang ke sana. Dan pengurus tu, auntie As, ada bagitau saya masa tu, 'Amru memang sedikit bermasalah semasa di sekolah. Dia tidak berminat untuk turut serta dalam aktiviti kelas, dia dengan dunianya sendiri, makan sendiri, tak pandai berkawan, tak pakai baju sekolah dll. Lepas dengar penerangan dari Auntie As, saya jadi sedikit stress dan sedih, masa bawa kereta pulang ke rumah dan 'Amru bersama saya, saya bawa kereta laju-laju, brek mengejut (cumalah tak ditimpa kemalangan) kerana sedih sangat dengan keadaan 'Amru. Saya rasakan apa yang saya buat selama ni kepada 'Amru, semuanya tak berguna dan tak mendatangkan kebaikan padanya.
Memang saya akui, saya banyak mengikut kehendak 'Amru. Apa yang dia mahu, saya banyak turuti dari membangkang. Sebabnya, saya tak tahan dengan amukannya yang tidak sekejap, tidak kira di mana-mana dan kadang-kadang boleh menyebabkan saya naik angin, huhuhu...Mungkin sebab tu, 'Amru rasakan yang dia boleh mendapat apa yang dia mahukan dan boleh meng'control' saya dan suami.
Dalam usia 1 tahun setengah atau 2 tahun, hampir setiap malam 'Amru akan terjaga dalam jam 3 atau 4 pagi dan mengamuk. Dia nak kan sesuatu, tapi kami tak faham apa yang dia nak. Dia hanya tunding jari, sambil menangis dan mengamuk, hingga saya terpaksa tinggikan suara atau tengking 'Amru, dan barulah dia akan senyap. Kami buat andaian pada masa tu, mungkin dia kelaparan, sebab tu dia mengamuk. Dan ada juga perangai dia, yang nak kan sesuatu, dari satu ke satu perkara, hingga saya tak mampu tahan lagi, saya dukung, paksa dia naik dan masuk dalam rumah sambil tengking dia. Allahu Akbar! Kesnya, kami dari klinik ke Giant Batu Caves. Sampai di sana, dia buat perangai, baring atas perkara yang saya tak faham apa yang dia nak. Lama lepas tu baru saya faham, dia nak tolak troli sendiri, tapi dia tak mampu nak cakap, dan kami tak faham. Selepas tu, dia main di tempat permainan kanak-kanak di situ. Nak aiskrim, kami belikan. Nak air kotak, kami belikan. Hinggalah sampai ke rumah, dia tak nak naik, nak ke kedai 99. Mungkin masa tu dia dah mengantuk, dan mula mengamuk. Saya lupa yang dia mengantuk, jadinya saya naik angin, tengking dia, dan angkat dia secara paksa naik ke rumah. Lepas lama menangis, baru dia diam dan keadaan jadi seperti biasa.
Tapi memang pada masa tu, kami agak penat melayan karenah 'Amru. Dan selepas sesi terapi ni berjalan dan hampir selesai, barulah saya faham kenapa dia bersikap sedemikian. Bukan semata-mata trantrum dan mahu 'control' saya dan suami. Ada 'kesakitan' dalam diri 'Amru yang kami tak tahu dan tak faham, yang dia luahkan melalui amukan. Dia nak bercakap, tapi tak dapat bercakap seperti orang lain. Jadi rasa kecewa tu diluahkan melalui amukan dan perangai yang pelik-pelik.
Selain ada bahagian di otaknya yang tak terbentuk, menurut Hajjah, 'Amru tak pandai menggunakan lidah dan mulutnya untuk menyebut sesuatu, dan ada bahagian di mulutnya yang agak ketat yang menyukarkan dia untuk bertutur dengan baik. Dalam sesi yan dilalui, Hajjah ajar 'Amru supaya jelirkan lidah, kembung dan kempis pipi, muncungkan bibir dan lain-lain. Cuma, yang paling kritikal yang Hajjah lakukan, supaya 'Amru melihat kepadanya setiap kali Hajjah memanggil namanya. Ini memang susah, sebab pada peringkat awal, 'Amru memang buat tak tahu bila Hajjah panggil nama dia. Seingat saya, dalam tempoh 2 bulan pertama terapi ni, untuk setiap sesi, hampir 45 minit atau 1 jam, Hajjah terpaksa berdepan dengan situasi perangai 'Amru. Menangis dengan sungguh-sungguh bila Hajjah ambil 'Amru (yang ni Hajjah kata hanyalah drama dari Amru), menangis bila Hajjah ikatkan kaki 'Amru untuk struktur badan, kaki dan pernafasan (yang mana lepas kena 'ikat' tu, 'Amru 'relaks' jer, tak meronta pun minta dilepaskan.
Sehinggalah seingat saya, dalam pertengahan atau akhir April, hari Sabtu, selepas awalnya dalam 45 minit 'Amru ber'drama' dengan menangis, dan selepas Hajjah betulkan struktur badan 'Amru dengan ikat dikakinya, saya keluar dari bilik dan lihat 'Amru melompat-lompat, seolah-olah merasa satu kelegaan dalam dirinya. Hajjah kata, selama ni, kedudukan badan dan aliran pernafasannya tak betul, sebab tu dia asyik selalu mengamuk. Tapi pada hari tersebut, 'Amru Nampak riang gembira, dan inilah 'Amru yang sebenarnya, yang sepatutnya sentiasa riang.
Selepas daripada tu, nampak banyak perubahan positif dalam diri 'Amru. Dia dah tak mudah marah dan mengamuk, dan saya pun boleh perasan yang saya pun dah jarang marahkan dia, tak seperti sebelum ni, sebab sudah kurang atau tiada tindakan dia yang boleh menyebabkan saya pun naik angin. Dia dah makin banyak bercakap, dah boleh sedikit-sebanyak menyatakan apa yang dia rasa/perasaan dia melalui perkataan, banyak bertanya. Di sekolah, dah makin terlibat dalam aktiviti sekolah, tidak lagi dalam dunianya sendiri, mahu pakai baju sekolah ke sekolah, mahu makan beramai-ramai dengan kawan (sebelum ni, Hajjah berpesan kepada saya dan suami, jangan bekalkan dia apa-apa makanan kecuali air masak, supaya 'Amru makan dengan kawan-kawan, dan tidak belikan dia aiskrim sebelum ke sekolah, sebab sangat tak elok untuk dia). Dalam tempoh ni, dia menawarkan diri menjadi imam solat Zohor di sekolah.
Ya Allah, berbanyak-banyak syukur kepada Allah di atas perubahan 'Amru ni. Saya melihat dia setiap hari seorang kanak-kanak yang riang, tidak lagi mahu mengamuk dan menangis tanpa sebab. Cuma ada masanya dia merengek dan mengamuk sedikit, sama ada kerana lapar atau mengantuk. Syukurlah Allah pertemukan saya dengan Hajjah dalam mendepani masalah 'Amru ni. Ada sedikit lagi yang perlu dipulihkan. Hajjah letakkan matlamat supaya 'Amru lebih berisi (bila dia lihat 'Amru terlalu kurus, tulang melekat kat kulit, huhuhu) dan pulihkan penyakit athma dan eczema dia. Saya pun, lepas Hajjah cakap macam tu, kena disiplinkan diri supaya rajin memasak dan memastikan 'Amru makan makanan yang mengenyangkan, sekurang-kurangnya 3x sehari. Banyak lagi yang perlu dilakukan, tapi syukur atas perubahan yang positif pada 'Amru setakat ni. Moga Allah terus mempermudahkan urusan kami, moga 'Amru dapat menjadi anak yang soleh, dan kanak-kanak yang sihat dan sentiasa riang, seperti kanak-kanak lain....
Pertama kali 'Amru pakai uniform untuk ke sekolah (selepas ber'drama' dulu, huhuhu). Sebelum ni ada juga pakai, tapi auntie pakaikan sebelah petang, bila dah sampai kat sekolah. Auntie yang ambil gambar kat sekolah dan hantar kat facebook sekolah....
'Amru 'volunteer' jadi imam solat Zohor. What an achievement from him!
'Amru sedang warnakan topeng biri-biri sambil pakai jam baru beli kat Mymydin (jam Doraemon) dan pakai uniform sekolah!
Sambungan gambar di atas. 'Amru jadi imam solat Zohor.
Dah pandai berkawan. Ni di sekolah sebelah petang, sambut hari jadi salah seorang rakannya di sekolah.
Sedang mewarna topeng biri-biri sambil pakai jam baru. Dah mula terlibat dengan aktiviti kelas.
'Amru dan hasil kerjatangannya (tak tau apa dia...)
('Amru dan rakannya dalam kelas. Gambar ambil dari facebook sekolah. Fokus gambar pada budak perempuan sebelah 'Amru tu, nama Adalea yang dah pakai uniform sekolah ke sekolah, macam 'Amru sebelum ni)
Sedang diambil ukuran badan oleh tukang jahit di Plaza Idaman, untuk buat baju Melayu untuk raya puasa tahun ni, sedondon dengan baju Melayu abi. Sangat memberikan kerjasama yang baik, tak meronta pun bila nak ambil ukuran badan (mama ingat dah meraung sakan tak nak kena ukur badan, huhuhu...)
No comments:
Post a Comment