Saturday, May 31, 2014

Amru dan 'speech therapy'...

Salam...

Minggu kuliah dah berakhir, Alhamdulillah. Lega sikit sebab lepas ni boleh tumpu perkara-perkara lain pula, seperti urusan Jurnal al-Tamaddun, markah 'assignment', ujian, menulis artikel, proposal untuk projek / 'research grant', proposal untuk seminar jabatan dan lain-lain. Cabaran juga untuk semester ni bila mengajar satu subjek / kursus baru dan bukan dalam bidang saya. Dan satu lagi kursus yang perlu diajar (walaupun dah ajar sebelum ni), terasa tercabar juga bila terasa banyaknya perkara yang tak tahu. Sepanjang 3 bulan tak mengajar nanti, kena mantapkan pengetahuan dan nota, moga dapat mengajar dengan lebih baik lepas ni, insha-Allah.

Kembali kepada tajuk di atas, nak kongsi sikit keadaan Amru dan rawatan yang dijalani iaitu 'speech therapy' dengan Hajjah Normadiah Abdul Ghani, kami panggil Hajjah sahaja. Sorang pelajar MA di JSTI (kawan pada Wahidah, bekas 'officemate' saya di jabatan sebelum ni) yang ceritakan pada saya tentang Hajjah. Bila ceritakan kepada saya tentang Hajjah, bila saya berkongsi keadaan Amru yang dah masuk umur 4 tahun, tahun ni, tapi masih tak dapat bercakap dengan baik, atau tak dapat buat ayat bila bercakap. Salina ceritakan tentang perihal anaknya, yang 'hyperactive' dan Hajjah tu nasihat kepada Salina supaya tukar susu kepada susu Ilham. Dan ada beberapa perkara lagi yang Hajjah terangkan tentang keadaan anak Salina yang sebenar (melalui pemerhatian Hajjah).

Dah banyak kali Salina ceritakan kepada saya tentang Hajjah, tapi saya tangguhkan dahulu untuk berjumpa dengan Hajjah dan ceritakan masalah 'Amru kepadanya, sebab saya rasa lambat-laun 'Amru akan dapat bercakap seperti kanak-kanak lain juga. Bila kongsi maklumat ni dengan suami, dia pun tak begitu cepat memberi respon untuk bertemu dengan Hajjah.

Sehinggalah saya terbaca di satu blog 'speech therapy' (lebih kurang fokus blog tu), menasihatkan kepada pembaca supaya jangan bertangguh berjumpa dengan pakar terapi jika anak dalam tahap umur tertentu masih belum dapat bercakap dengan baik. Seingat yang saya baca, kanak-kanak pada umur 3-4 tahun, otaknya masih mudah untuk menyerap perkara-perkara baru. Jadi, jika terapi dilakukan pada tempoh umur tersebut, kanak-kanak tersebut mungkin cepat dipulihkan dan dapat bercakap seperti kanak-kanak lain. Tetapi jika sudah berumur 5 tahun ke atas, otaknya agak sedikit susah untuk diajar dengan perkara-perkara baru. Oleh itu, jika pada tahap umur ni baru nak dijalankan terapi untuk kanak-kanak ini, ia mungkin akan mengambil sedikit masa untuk memulihkannya.

Selepas membaca artikel di blog ni, saya tergerak untuk mengatur semula temujanji 'speech therapy' untuk 'Amru di HKL. Sebelum ni dah ditentukan temujanji, tapi kami tak pergi dan terus lupa tentang temujanji ni, sebab masa tu saya dalam tempoh berpantang di kampong. Tapi menyedari akan kepentingan terapi ni, saya menghubungi pihak HKL dan pertemuan telah diatur. Hasil pertemuan tersebut, menyebabkan saya berasa sedikit lemah semangat. Berdasarkan penerangan yang kami berikan mengenai 'Amru kepada pihak terapi, dia beritahu bahawa tahap percakapan 'Amru sekarang di tahap kanak-kanak berumur setahun setengah. Dan dia kekurangan banyak perbendaharaan perkataan. Dia menyarankan saya dan suami supaya banyak berkomunikasi dengan 'Amru, bercakap dengan dia, berdialog dengan dia, lebihkan perkataan bila bercakap dengan dia. Dan, pertemuan seterusnya pada bulan April. Masa saya jumpa pegawai bahagian 'speech therapy' ni, mungkin dalam bukan Februari atau Mac.

Mendengarkan penjelasan daripada pegawai tersebut, saya seolah-olah hilang punca, tak tahu apa yang harus saya lakukan. Apa yang pegawai tu sarankan untuk saya dan suami buat dengan 'Amru, saya tak yakin ia boleh membuatkan 'Amru lebih banyak bercakap. Selama ni saya bercerita dengan dia, membaca buku dengannya, tetapi tidak ada progress yang memberangsangkan. Lemah semangat dibuatnya. Lalu, saya ambil keputusan untuk hubungi Hajjah. Saya terangkan masalah dan keadaan 'Amru kepada Hajjah, dan Hajjah bagitau yang dia nak datang sendiri ke rumah, berjumpa dengan 'Amru....

Ok, sambung dalam 'post' seterusnya....
amru dan Abdul rasyid (amru taip ni)
 

6 comments:

Nadia Nazifah said...

Salam. Mcmmana nk contact hajjah?

asma said...

salam...boleh share number hajjah ni?

Anonymous said...

03 6138 5907 no ofis
014 3370 864 hp

Asyiqin Ab Halim said...

Boleh WhatsApp saya, Asyiqin, 0199107799. Nanti saya respon di WhatsApp. Terima kasih

Asyiqin Ab Halim said...

Salam Puan Nadia. WhatsApp saya yer, Asyiqin, 0199107799. Terima kasih.

Asyiqin Ab Halim said...

Salam. Puan Asma. Puan WhatsApp saya ya? Asyiqin, 0199107799.