Salam...
Lama tak 'post posting' kat sini. Semalam, kami sekeluarga jalan-jalan lagi, ikut trip anjuran Birm Uni (EISU) ke Costwold Wildlife Park. Dalam kekalutan nak siapkan kerja/tesis, sempat lagi jalan-jalan, huhuhu...Memang kalut sungguh semalam. Sebab dah 'target' dan janji dengan supervisor nak submit 'second last chapter', Chapter 5 sama ada hari Isnin atau Selasa minggu ni (28 or 29 May). Dan pagi sebelum nak bertolak ke 'trip' tu, sempat lagi tambah 'last point' untuk chapter tu, sebelum 'compile the whole chapter' dan hantar via email kat editor untuk editing. Nasib baik sempat siap dan hantar sebelum bertolak gi 'trip' tu, fuuuh! Kalau tak, rasanya terpaksa 'cancel', tak jadi ikut trip tu. Balik dari jejalan semalam, terus dapat email dari editor, bagitau dia dah siap edit chapter dan hantar balik 'the edited version'. Fuuhh, malam ni dan esoknya kena pulunlah buat pembetulan (apa yang berlaku, malamnya tidur kepenatan, sebab tak dapat tidur dalam bas. Pepagi esoknya baru duduk mengadap laptop buat kerja).
Tempat yang gi melawat tu, Costwold Wildlife Park tu, dalam sejam setengah dari Birmingham, menghala ke Oxford. Jauh juga, tapi tak sejauh masa ikut trip gi Longleat Safari dulu. Yang tu memang jauh, dalam 2 jam lebih baru sampai sana. Tempat yang gi kali ni, rasanya tak sebesar Longleat Safari, tapi oklah, sebab banyak masa boleh 'spend' kat sana dan tak rasa terkejar-kejar. Siap boleh 'picnic' lagi, 'lunch' kat tepi padang bawah pokok sambil abi solat Zohor dan Asar jamak qasar kat situ.
Tempat ni, tak macam Safari. Binatang separuh dilepaskan. Maksudnya (pada pandangan saya), tak macam zoo, binatang dikurung dalam sangkar. Diletakkan macam dalam kawasan dia juga, juga separuh berpagar dan ada 'gap' atau 'longkang' besar antara kandang binatang dan pelawat. Ni untuk binatang besar macam unta, badak, zebra dan lain-lain. Binatang-binatang kecil masih dikurung dalam kandang khas, macam burung, monyet, memerang dan lain-lain.
Bertolak dari Birm Uni dalam pukul 9.45 pagi, sampai sana dalam jam 11.15. Bila dah dapat masuk tempat tu, lepas selesai ke tandas, gi tengok binatang-binatang kecil macam memerang, penguin, monyet, dll. Lepas tu, naik train yang disediakan, 'round' sekitar park. Kena bayar £1 sorang untuk sekali naik, budak bawah 3 tahun, 'free'.
Habis naik train, 'round-round' kejap, salin pampers 'Amru (yang tuannyer agak meragam sikit, panas + mengantuk, kut) dan Abi gi ambik wudhu'. Pastu, cari 'port' untuk solat dan 'lunch'. 'Lunch' kat tepi padang, bawah bayangan pokok. Memang ramai Mat Salleh berpiknik kat padang. Sebelum tu, sempat masuk dalam satu bangunan, diletak binatang reptillia seperti ular, biawak dan buaya.
Habis 'lunch', Abi bawak 'Amru gi jalan-jalan tengok itik, mama kemas barang sambil tunggu Abi dan Amru habis jalan-jalan. Tunggu punya tunggu, last-last gi cari Abi dan 'Amru. Rupa-rupanya dah sampai kat satu 'farm' yang boleh pegang dan sentuh binatang. Masuk dalam kadang tertutup kat situ. Siap ada cik babi besar lagi. Pastu, kat luar, ada padang kecil (berpagar), dilepaskan kambing dan biri-biri kat situ. Boleh pegang dan sentuh. 'Amru siap ikut seekor kambing ni, gi mana-mana. Excited kut, tak pernah pegang, sentuh dan lihat binatang secara 'live'.
Pastu, dalam pukul 3.30 petang, siap-siap salin nappy dan tukar baju 'Amru, masuk 'gift shop' satu, beli apa-apa yang patut sebagai kenangan (beli pen 2 batang jer pun). Dalam 4.30 petang, dah naik bas dan bertolak balik ke Birmingham. Hero kecik, dalam 15 minit terus terlelap. Ada dalam sejam dia tidur dalam bas. Penatlah tu.
Alhamdulillah, selamat sampai Birm dan rumah dalam 6.30 petang. Abi siap sempat gi main bola lagi kat padang. Tak bawak 'Amru gi jalan-jalan ke padang, sebab nak kemas-kemas barang, suapkan dia nasi bagi makan kenyang-kenyang (masa picnic 'Amru makan sikit aje). ALhamdulillah, selesailah aktiviti hari ni. Lain kali pula kita jalan-jalan, kalau ada kesempatan dan rezeki, insha-Allah...
No comments:
Post a Comment