24 February 2012, hari kedua di Liverpool
Sambung sikit kisah di Liverpool (sepatutnya kena buat kerja sekarang, curi masa sikit, huhuhu)
Hari kedua di Liverpool. Sebelah paginya, tak buat apa-apa. Masing-masing nampak macam masih penat selepas bertolak dari Birmingham kelmarin. 'Amru pun, lama tidur malam tidur. Balik dari 'round' bandar / 'city centre' Liverpool, terjaga sekejap aje sebab angkatkan dia dari pushchair ke atas katil. Lepas dah menyusu, terus lena dia sampai ke pagi. Tu pun, siap tidur balik dalam jam 9.00 pagi.
Rancangan hari ni, nak ke stadium Liverpool. Tercari-cari juga kat internet (via phone), apa stadium Liverpool yang 'famous' yang biasa orang datang melawat kat sini. Oh, Anfield Stadium rupanya, yang famous dengan kelab pasukan Liverpool. Asalnya, nak keluar pagi-pagi ke stadium, dan balik ke hotel untuk kemaskan barang dan bertolak ke Birmingham, sebab akan naik 'train' ke Birmingham hari ni, dalam jam 6 petang. Duk berbincang-bincang juga dengan Abi, nak keluar dulu ke, dan tambah masa untuk 'hold' bilik ni lagi 2 jam (check-out jam 2 petang), tapi kena tambah lagi £10.00. Akhirnya, kami ambil keputusan, berehat dulu di bilik sampai jam 12.00 tengah hari dan 'check-out', lepas tu cari 'port' untuk solat jamak taqdim Zohor dan Asar (Abi 'burn' solat Jumaat hari ni) dan terus melawat stadium, tak payah nak berpatah balik ke hotel. Alhamdulillah, bagus juga perancangan ni, sebab hotel ni jauh juga dari Lime Street Train Station kalau berjalan kaki (dalam setengah jam juga).
So, dalam pukul 11 pagi, Amru terjaga dari tidurnya. Kami kemas-kemaskan barang dan alas perut dengan nasi dll (sambil suapkan 'Amru kentang lecek, kalau tak silap, tapi sikit aje dia makan). Selepas 'check-out' jam 12.00 tengah hari, kami berjalan-jalan di sekitar Albert Dock, masuk muzium maritime kat situ (lupa dah apa nama dia), dan cari tempat untuk solat (mujur dah ambil wudhuk siap-siap kat hotel). Kemudian, ke One Stop Bus Station, ambil bas no 26 ke Anfield Stadium. Perjalanan dari bus station ke stadium tu dalam 20 minit juga, keluar sikit dari tengah bandar Liverpool.
Bila sampai kat stadium tu, tak delah 'class' sangat stadium tu. Stadium tu betul-betul tepi jalan besar, macam tak berapa strategik, tak macam stadium kat Manchester. Hala tuju kami ialah kedai menjual barang-barang sukan jenama pasukan Liverpool. Itulah daya penarik stadium ni. Dan habiskan masa dengan bergambar.
Lama dalam setengah jam/sejam, Amru dah nak menyusu. Saya pun dah kepenatan, dan sedikit 'moody' bila terpaksa menyusukan 'Amru sambil ala mencangkung (separa duduk) dan Abi masih sibuk ambil gambar. Kami cari 'port' untuk menyusukan 'Amru di luar stadium, sambil isi perut makan burger yang Abi beli semalam. Lepas tu, Abi cadang kita naik bas hingga ke destinasi terakhir sebab tiket bas boleh pakai sepanjang hari dan masa untuk naik 'train' masih lambat lagi. Sayangnya, saya tak berapa setuju, sebab tak tahu bas yang kami naik nanti akan berhenti di mana. Bimbang kalau terlampau jauh, tak sempat nak berpatah balik ke 'city centre' dan takut terlepas train nanti. Abi senyap aje. So, kami balik ke bandar. Untuk ambil hati Abi, kami singgah di World Museum, tak jauh dari city centre. Besar juga muzium tu, dalam 4 tingkat.
Amru dah selamat lena dalam bas dalam perjalanan balik ke bandar.
So, kami jelajah ke setiap tingkat muzium tu. Oklah, tapi tak delah best sangat. Yang best, untuk saya, tingkat satu (kami start dengan tingkat 4 dulu dan turun ke bawah sampai ke tingkat satu). Kat tingkat ni, ala-ala akuarium, pameran ikan dan hidupan laut yang hidup, bukan replika atau patung. Seronok juga tengok hidupan laut yang masih hidup. Dah lah masuk 'free' tak payah bayar.
Dalam pukul 4 petang, kami terpaksa bergerak ke 'train station' kerana akan bertolak ke Birmingham jam 6 petang. Pastu, nak beli ayam dan ubi kentang buat bekalan dalam train nanti. Asalnya nak naik bas, tapi rupanya tak jauh pun muzium tu dengan stesen keretapi. 5 minit berjalan kaki dah sampai. Mujur juga tak naik bas, kut jenuh dia bawa ke stesen bas yang kami naik pagi tadi.
Lepas tu, cari kedai halal, beli ubi kentang dan ayam (Abi duk intai nak masuk Restoran India/Bangladesh halal, tapi kena makan kat situ. Tak masuk pun sebab nak kejar masa).
Kemudian, ke train station, Abi cari tandas untuk berwudhu' n solat di situ. Dan dalam jam 5.45 petang, train ke Birm dah sampai n kami terus naik.
Masa dalam train, serba tak kena sebab kami pilih tempat duduk yang agak tak tersorok, tak macam sebelum kami datang ke Liverpool semalam. Saya nak jer duduk kat tempat macam tu, senang nak menyusukan 'Amru, tapi bila tanya Abi, Abi ajak naik ke gerabak hadapan. Kebetulan ramai pula yang naik train masa ni, so tempat duduk semua penuh. Sampaikan tempat duduk Abi, ada orang ada orang ambil bila dia gi tengok tempat kosong kat gerabak lain. Mujur sebelah saya kosong, so bolehlah Abi duduk (kami duduk seat 4 orang bermeja). Dan agak tak selesa, bila terasa macam orang duk perhatikan kami. Saya pun dah start moody, huhuhu...
Bila dah lama sikit, dan dapat beralih tempat duduk (dengan tujuan mudah untuk menyusukan 'Amru), 'Amru pula mula meragam. Dia panas rasanya, dan rasa tak selesa, sebab pakai baju berlapis dan dalam train agak tertutup, tak ada udara masuk dan keluar. Terpaksalah bawa dia ke hulu ke hilir. Haish, lama pula nak sampai Birmingham.
Alhamdulillah, dalam jam 8 malam, sampai di Birmingham, dan terus cari train ke Selly Oak. Amru pun dah meragam, menangis, tapi terpaksa bertahan aje. Sampai di train station Selly Oak, berjalan kaki balik ke rumah (tak naik kereta sebab nanti lama nak tunggu panaskan kereta - parking tak jauh dari train station Selly Oak). Alhamdulillah, lega rasanya bila dah sampai rumah. Abi siap mandikan 'Amru lagi, dah dia panas sangat - kata Abi. Alhamdulillah, jom berehat. Esok nak bermusafir ke Nottingham pula...
No comments:
Post a Comment