Tuesday, December 23, 2008

Jalan-jalan ke Dublin, Ireland (Hari kedua)

Bergambar di pintu masuk ke Powerscourt Garden


Jalan-jalan di Dublin, Ireland, hari kedua.

Gambar-gambar di hari kedua di Dublin; Dublin Tour - South Coast and Garden.


Menunggu bas ke bandar Dublin di pagi Ahad
Mercu tanda bandar Dublin, the Spire of Dublin

Lupa dah apa ni. Rumah api kot?

Pemandangan di pantai Bray, Dublin

Di Dublin Bay, Hani, saya, Hannah dan kawan Hannah (lupa nama dia)

Tanda kami dah sampai di sini...

Di dalam kawasan Powerscourt Garden

Lagi di dalam kawasan Powerscourt Garden

Subhannallah, cantiknya pemandangan jauh nun di sana tu...

Masjid Dublin, Dublin Mosque

Jalan-jalan ke Dublin, Ireland...

St. Stephen's Green, Dublin

Salam...
Dah lama sebenarnya pergi berjalan ke Dublin, Ireland. Rasanya dalam bulan Februari tahun ni (26 Februari 2008). Curi masa di hujung minggu, 'memanjangkan langkah' ke negara Irish. 'Plan' asalnya kami pergi berlima, saya, Hani (ex-housemate), Dr. Sam aka K.Sam, Aishah (kawan Hani) dan Liena (housemate sekarang, masa ni tak jadi housemate lagi). Tapi, Aishah dan Liena, 'last minute' tak dapat ikut. Tiket 'flight' dan 'tour' ke sana saya dah beli, kira hangus cam tu jer. So, tinggallah kami bertiga. Kat sana, kami tumpang menginap di rumah kawan seorang adik 'undergraduate', Ika. Dia yang pelawa kami datang ke Dublin dan 'offer' menumpang di rumah dia. Alhamdulillah, adik-adik ni amat baik dan prihatin. Kami tinggal di sana tiga hari dua malam. Jumaat malam Sabtu, bertolak ke Dublin dengan kapalterbang murah Ryanair. Tiket tambang pergi balik Birmingham-Dublin rasanya dalam £10 sorang (dah termasuk tax rasanya). Hari pertama, (Sabtu, 27 Feb) kami jalan-jalan di bandar Dublin. Naik bas hop on-hop off round bandar Dublin. Sebelah tengah harinya, kami dijemput makan tengah hari di rumah Sakinah (kawan pada Ika). Terkial-kial juga cari rumah dia.
Keesokkan harinya, ikut 'tour' yang jauh sikit dari Dublin (Dublin Tour-South Coast and Garden). Tempat yang kami lawat, Dublin Bay, dan beberapa tempat lain termasuklah Powerscourt Garden. Dalam trip ni, Hannah (salah seorang tuan rumah tempat kami menginap) pun ikut sama bersama kawan dia dari US (kalau tak silap) (diorang ikut sebab ada tiket lebih, Aishah dan Liena punya). Selesai trip, Hannah bawa kami ke Masjid Dublin (Dublin Mosque) untuk solat dan makan di sana (nasi Arab). Mahal juga rasanya, rasanya dalam 6 euro untuk satu pinggan (makan seorang). Lepas tu, dari Dublin Mosque, kami berjalan sikit ke tempat tunggu bas untuk balik ke rumah sambil 'menikmati pemandangan di Dublin' (hehehe, skema ayat). Malam, rehat, berbual-bual dengan sorang kakak ni (nama, K.Raha tapi K.Sam selalu tersasul panggil dia Lara - macam Manjalara ajer, hehehe).
Esok pagi, Isnin 29 Feb, selepas Subuh bertolak dari rumah adik-adik ni ke Dublin Airport. Sampai di Birmingham lebih kurang pukul 11 atau 12 tengah hari. Aduh, penat berjalan. Rehat kat rumah pulak...Anyway, terima kasih pada Aishah n d gang yang sudi tumpangkan kami dan sediakan makan minum kami semasa kami di sana. Minta maaf sesangat kalau kami menyusahkan kalian semoga. Moga kalian semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan...

Gambar-gambar di Dublin ( hari pertama)



Salah satu pemandangan di bandar Dublin

Christ Church Cathedral (dari arah belakang)

K.Sam dan saya tengah baca peta

Dari atas bas Dublin Tour Hop on- Hop off

Information of Dublin Tour Hop On-Hop Off

Monday, December 15, 2008

Bersyukur di atas segala ni'matNya yang tak terhingga...



Makan pun kena bersyukur, ya?


Bismillahi ar-Rahman ar-Rahim...

Dah lama mahu menulis artikel atau 'entry' yang sedikit berunsur ilmiah dan spiritual, tidak sekadar menceritakan kehidupan yang kujalani setiap hari di bumi permaisuri ni, tapi baru kali ni berkesempatan. Itu pun, baki masa yang ada pada hari sepatutnya digunakan untuk menelaah pelajaran. Sekejap jer, ya? Perlu segera menulis kerana idea atau ilham untuk menulis mungkin akan hilang selepas ini...
Menyebut tentang bersyukur, baru aku ketahui dan sedari betapa pentingnya Islam mengajar umatnya supaya sentiasa bersyukur kepadaNya. Kenapa? Kerana manusia sering lupa untuk bersyukur kepada PenciptaNya atas ni'mat yang Dia kurniakan kepada kita. Meskipun pada pada pandangan manusia lain kita telah dilimpahi dengan pelbagai ni'mat yang tidak diperolehi oleh orang lain, tetapi jika kita tidak diingatkan supaya bersyukur kepadaNya atas ni'mat tersebut, kita akan terus menganggap bahawa semua kesenangan dan kemewahan yang kita miliki ini tidak mencukupi.

Seseorang yang bergaji 10k sebulan contohnya, jika dia tidak bersyukur atas gaji yang sebanyak ini, pasti dia akan merasakan wang sejumlah itu tidak mencukupi untuk menampung kehidupannya sehari-hari. Tetapi, jika seorang kerani yang bergaji RM500 sebulan, jika dia bersyukur atas kesenangan ini, tidak mustahil jumlah sebegini mampu menampung kehidupannya setiap hari dan tidak mustahil rezekinya akan bertambah di kemudian hari.

Tapi, jangan silap dan salah faham. Bersyukur tidak mengajar kita supaya menyerah kepada takdir tanpa berusaha. Bersyukur tidak membawa maksud yang sama dalam pepatah Melayu yang berbunyi, "Beras segenggam tak akan jadi segantang". Bersyukur bermaksud kita mengingati Allah atas ni'mat yang Dia kurniakan kepada kita. Tetapi,dengan bersyukur tidak menghalang kita untuk terus meningkatkan kualiti hidup, mengubah kehidupan supaya lebih baik dan lebih senang. Bersyukur tidak menghalang kita untuk terus mencapai kesenangan dalam kehidupan. Jadilah jutawan di dunia. Jadilah seorang ilmuwan yang terbijak di dunia. Tapi bersyukurlah kepadaNya. Kerana semua ni'mat itu kurniaanNya kepada hamba-hambaNya. Kita terlalu kecil, dan teramat kecil pada 'pandangan' Allah jika ingin mendabik dada dengan kemewahan dan kelebihan yang kita ada...Astaghfirullahal a'zim.

Bersyukur kepadaNya tidak sekadar melafazkan Alhamdulillah (Segala puji-pujian bagiNya) atau mengucapkan "Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah, di atas ni'mat yang Engkau kurniakan ini". Tetapi rasa syukur juga perlu dijelmakan melalui perbuatan. Meningkatkan kualiti ibadah kita kepadaNya juga dianggap tanda kita bersyukur kepdaNya. Tanda kita tidak lupa kepadaNya dalam apa jua keadaan, baik dalam keadaan senang mahupun susah. Rasa bersyukur boleh dihayati dalam doa sebelum makan yang mana sejak kecil lagi kita sudah diajar dan setelah besar insha-Allah akan terus mengamalkannya, yang bermaksud, "Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan ke atas kami dan jauhilah kami dari azab api neraka".

Bersyukur juga boleh dijelmakan melalui sifat kasihan belas kita terhadap saudara kita yang lain, sama ada dengan menghulurkan bantuan berbentuk kewangan mahupun tenaga. Mengeluarkan zakat dan berderma juga menandakan tanda kita mengingatiNya sebagai Pencipta Kita dan mengeluarkan sebahagian rezeki yang Allah kurniakan kepada kita kepada hamba-hambaNya yang lain. Bersyukur juga boleh diperlihatkan melalui cara kita mengurus dan membelanjakan harta kita. Tidak boros, berpada-pada, berbelanja mengikut keperluan dan berpadanan dengan kemampuan kita.

Jadi, janganlah kita merungut atas kesusahan yang kita tempuhi, kerana di sana terlalu banyak, malah tidak terhitung ni'mat yang Allah kurniakan kepada kita. Janganlah kita merungut atas perkara yang kita tidak perolehi, kerana saudara kita yang lain mungkin mencemburi ni'mat dan kesenangan yang kita sedang ni'mati tetapi kita tidak mensyukurinya, malah merungut di atas ni'mat tersebut, Astghfirullahal a'zim (Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini yang sedemikian besar dan banyak, ya Allah). Dan, antara yang paling penting, senantiasalah mengingatiNya di setiap tempat dan keadaan, terutamanya di waktu kita dilimpahi dengan segala bentuk kemewahan dan kesenangan, sebagai tanda bersyukurnya kita kepadaNya dan di atas ni'mat yang dia kurniakan. Kita selaku hamba-hambaNya yang lemah, malah begitu tipis imannya senipisnya kulit bawang begitu mudah lupa mengingatiNya bila dikurniakan sebegitu banyak ni'mat dan kesenangan. Tetapi kita begitu pantas kembali kepadaNya jika didatangkan kesusahan dan rintangan dalam kehidupan. Benarlah kata-kata Allah di dalam kitab suciNya, yang bermaksud,
"Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah dia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan dia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk Neraka." (Surah Az-Zummar: 8)

Jadilah kita seperti Nabi Sulaiman alahi salam, apabila didatangkan ni'mat di hadapannya, yakni apabila istana Puteri Balqis dihadapkan di hadapannya oleh Ifrit dengan sekelip mata, baginda dengan tunduk dan khusyuk berkata, "Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah". (Surah An-Naml:40)

"Ya, Allah, jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa mensyukuri ni'mat yang Engkau kurniakan ke atas kami, dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa mengingatiMu baik dalam keadaan senang mahupun susah, ampunilah dosa-dosa kami, ya Allah dan jauhilah kami ya Allah dari azab api neraka yang amat pedih. Amin, ya Rabbal A'lamin (Amin, wahai Tuhan, Pencipta sekian alam semesta)..."

Sushi...!!!







Sushi...

Tak pernah pernah makan, tiba-tiba hari tu boleh saya beli sushi sebab nak tahu, apa rasanya sushi ni. Housemate saya memang suka dengan sushi. Bila tengok dia beli, saya pun jadi terpengaruh. Tak delah. Sekadar nak tahu apa rasanya. Selama ni hanya dengar dan lihat makanan ruji masyarakat Jepun ni. Rupa-rupanya di Birmingham pun ada jual. Tak peliklah kot, ya? Kami beli sushi ni di farmasi Boots, farmasi yang ada jual makanan sama. Tapi, bila dah makan, sushi memang bukan citarasa saya...Bolehlah makan, tapi tak sesedap yang saya sangkakan (sebenarnya dah boleh agak apa rasanya). Apapun, nak kongsi juga gambar sushi Birmingham ni...

Salam Eidul Adha 1429H dari Birmingham...

Salam,

8 Januari 2008, umat Islam di Birmingham dan seluruh dunia (kalau tak silap) menyambut kedatangan Eidul Adha 1429 H. Salam Eidul Adha untuk semua. Sambutan Hari Raya Haji di sini pastinya tak semeriah di Malaysia, lebih-lebih lagi di Kelantan. Kalau tahun lepas (2007), kali pertama beraya haji di sini semenjak sampai ke UK, saya ke Lampeter (tempat Ustazah Aizan, pensyarah yang pernah mengajar saya di APIUM) untuk turut sama merasai kemeriahan sambutan Eidul Adha di sana. Kali ni, Eidul Adha hanya di Birmingham. Tidak dapat tunaikan solat sunat hari raya kerana 'uzur'. Jadinya, sepanjang hari, memasak sedikit hidangan istimewa (nasi kerabu dan daging bakar) untuk merasai 'suasana hari raya korban'. Dan beraya di rumah Eti, Hana dan Irma dan di rumah Shiikhah (student MA di Uni of Birmingham)-setelah jenuh mencari rumahnya dalam kesejukan dan sedikit kebasahan (tapi tetap semangat nak beraya). Dan pulang ke rumah untuk menunggu kedatang Eti n d gang (her housemates) n Ida's friends (Fifi n Haqif) yang nak datang bertandang ke rumah. Selamat Hari Qurban untuk semua dan semoga falsafah ibadah qorban dapat kita hayati dan amalkan dalam kehidupan kita sehari-hari, Insha-Allah...
Salam Eidul Adha 1429H dari kami di Birmingham

Atas (dari kiri); saya, Sahana, Ida dan Hana Bawah (dari kiri); Liena dan Eti

Bersama rakan-rakan postgraduate dan adik-adik undergraduate di rumah Eti n housemates

Kami dah nak balik!

Beraya di rumah Shiikhah (pelajar MA di Uni of Birmingham)

Wednesday, December 10, 2008

Selesai kerjaku buat masa sekarang...Alhamdulillah..

'Draft Chapter 2 yang ditulis hampir 2 bulan...
Salam.
Alhamdulillah, setelah sedikit bertungkus-lumus hampir dua bulan (dari lepas Raya Puasa hingga ke Raya Haji), kerjaku yang kena 'submit' pada Dr. Jabal 'selamat' hantar padanya hari Isnin lepas. Alhamdulilah3x. Walaupun pasti ada pembetulan dan komen dari Dr. Jabal lepas ni, 'at least' kerjaku selesai buat sementara. Dan walaupun ada kekurangan dalam kerja tu (ada 'part' yang 'argument' nya sangat longgar / tak kukuh), sekurang-kurangnya kerja ni dah dihantar dan akan cuba baiki dari semasa ke semasa. So, bila dah hantar kerja ni, rasa macam dah lega, kan? Awas, jangan lena dibuai mimpi! Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa buat benda-benda yang sepatutnya. Kalau jadi, kemungkinan dalam Februari nanti kena bagi 'talk' dalam seminar mingguan. Dan banyak lagi kerja-kerja menanti. So, teruskan bekerja n bekerja. Masih banyak tuntutan yang perlu dipenuhi. Perjuangan masih belum selesai dan perlu diteruskan. Apapun, jangan lupa berbanyak-berbanyak bersyukur kepadaNya di atas ni'mat yang Dia kurniakan ni....Wallahu a'lam.