Thursday, November 20, 2008

Alhamdulillah, urusanku dipermudahkanNya...!

Inilah keretanya, warna merah menyala...
Salam...

Minggu ni minggu yang kritikal. Hari Selasa lepas (18 Nov), jumpa dengan 'my supervisor', Dr. Jabal lepas habis seminar mingguan dan dia tanya tentang kerja saya. Kesimpulannya, by 'hook or by crook' (ni kata-kata yang selalu diguna masa belajar kat UM dulu), kerja saya ni nak kena hantar dalam minggu pertama bulan Disember. Aduh, tensen, tensen. Tapi memang dah plan, dalam masa tersebut kerja ni dah dihantar, Insha-Allah. Jadinya, berusahalah wahai diriku!

Yang nak cerita sikitnya, tentang hari sebelum tu. Saya kena hantar kereta untuk ujian M.O.T. Not that sure what M.O.T. stand for, tapi apa yang saya faham, kereta yang kita bawa di jalan raya kena lulus ujiannya. Ujian tulah M.O.T. Tempat yang nak dihantar tu di Aston (around 15 mins from my place, Selly Oak). Hari Khamis lepas, K.Salmi dan Ustaz Azmi dah bawa saya ke sana. Sebab 'tauke' kedai tu tak boleh buat hari tu, jadinya dia suruh hantar hari ni. So, hari ni saya pergi sendiri. Nak ajak adik-adik temankan, diorang ada kelas pagi tu. Ceritanya, saya tak dapatkan alamat penuh tempat ni. Just ambil poskod dia aje. Nama jalan pun lupa. Bila check kat google maps UK, saya main letak Lynton Road kat dalam 'tom tom'. So, apa yang berlaku, sampai aje kat Aston (jalan tu), saya dah tak ingat kat mana kedai tu. Sekali pergi memang tak ingat. Tambahan pula hari tu pergi dengan K.Salmi. Berpusing-pusing jugalah nak cari kedai tu. Call K.Salmi, dia bagi direction tapi saya dah pening. Last-last, saya cari poskod kedai Wing Yip (Alhamdulillah, ada), then drive kereta ke kedai Wing Yip. Memang tak jauh kedai Wing Yip dari tempat yang saya sesat tu. Then, call 'tauke' kedai tu, Manir (kedai tu Manir Auto's). Dia bagi direction macammana nak ke kedai dia. Tapi, Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkanNya. Manir, tauke tu sendiri datang dengan kedai Wing Yip dan 'direct' saya ke kedainya. Alhamdulillah. Syukur.

Rupa-rupanya, kedai tu tak jauh dari tempat yang saya sesat tadi. Dan dipendekkan cerita, tak lama kat san, terjumpa dengan 'husband' K.Asnita (K.Ita tinggal tak jauh dari rumah saya, kat Dawlish Road). Kebetulan dia pun datang nak servis kereta, tapi tak boleh buat sebab Manir sibuk hari tu, tak sempat nak buat. Then, sebab dia pun nak balik ke Selly Oak, dia kata boleh tumpang dia ke sana. Subhanallah, terasa senangnya urusan saya, Alhamdulillah...Lalu tumpanglah saya (duduk kat belakang). Ya Allah, terasa bahawa urusan ini dipermudahkanNya.

Sikit lagi nak cerita. Esoknya baru dapat ambil kereta. Saya pergi lepas habis seminar mingguan di Selly Oak Campus dan lepas solat Zohor dan Asar. Pergi dengan train dari Selly Oak ke Aston train station. Kali ni saya diuji lagi. Turun dari 'train station' Aston, mula berjalan slow-slow, cuba agak kat mana kedai Manir's Auto ni. Ya Allah, 'mutar itik' saya dibuatnya (istilah orang Kelantan). Masuk lorong ni tak kena, yang ni tak kena. Tapi, Alhamdulillah. Jumpa juga akhirnya. Bila masuk lorong tu, dari jauh dah nampak kereta tu. Rupa-rupanya lorong yang ke depan sikit dari Aston train station. Nasib baik saya tak sempat 'call' K.Salmi mengadu masalah saya. Kalau tak, mungkin pening pulak K.Salmi, hehehe (dah banyak menyusahkan K.Salmi dan ustaz). Alhamdulillah, selesai urusan. Kereta ni lulus M.O.T., cuma ada sikit lagi kena baiki. Bila lama sikit baru bawa balik ke kedai ni untuk dibaiki.

Hmmm....Ni memang pengalaman buat saya. Pengalaman yang mengajar macam mana nak 'hidup' dan 'survive' di bumi orang. Alhamdulillah, sedikit-sebanyak pengalaman semasa belajar di UM dulu (sebab masa tu dah bawa kereta, Charade WCE 9705) membantu saya untuk berdikari dan menghadapi situasi seperti ni. Ini pun masih sedikit sebenarnya. Ramai lagi yang berdepan dengan cabaran yang lebih besar. Apapun, pengalaman mengajar kita supaya bersikap lebih matang. Dan mengajar kita supaya belajar dari kesilapan yang kita lakukan...Wallahu a'lam...