Salam semua...
Musim bunga telah bermula di bumi UK. Semuanya mula keluar dari sarang. Tupai-tupai berkeliaran di padang universiti. Burung-burung mula kelihatan. Malah, serangga yang selama ni menyorok (mungkin?) semasa musim sejuk sudah menampakkan diri. Yang paling jelas, bunga-bunga mula kembang. Memang suasana sangat ceria di waktu musim bunga dan panas nanti. 'Mat Salleh' mula berjemur di tengah padang, seolah-seolah melepaskan geram dan bersantai di tengah padang di bawah cahaya matahari yang tak begitu terik. Bagi kita yang berasal dari negara Khatulistiwa, kita mungkin tidak begitu 'heran' dengan cuaca sebegini, tapi mungkin tidak bagi orang Inggeris. Dari satu sudut, mereka seperti sangat menghargai cuaca panas sebegini. Alhamdulillah, kita patut syukur kerana berasal dari negara yang cuaca dan panasnya sekata sepanjang tahun. Bila berada di negara orang, barulah kita sedar betapa bertuahnya kita berada di bumi sendiri.